By Firdaus Wong Wai Hung (Official)
1) Boikot adalah pilihan setiap individu maka usah memaksa sesiapa yang tidak mahu memboikot.
2) Sebagaimana kita mahu org lain menghormati keputusan kita utk
memboikot, kita harus menghormati keputusan org lain utk tidak mahu
memboikot
3) Andai barangan atau servis yg kita mahu boikot adalah halal, jangan pula kita mengharamkan apa yang jelas halal.
4) Tidak mencaci maki mahupun perkataan kasar ketika boikot
5) Matlamat tidak menghalalkan cara maka perlu selidik (49:6) kesahihan
sesuatu berita mengenai produk atau servis yg kita mahu boikot agar
kita berlaku adil (5:8) dan tidak menzalimi org lain.
6) Tidak
menggunakan kemudahan yg disediakan oleh pihak yang diboikot utk urusan
peribadi spt menggunakan elektrik, tempat dan tandas yg telah tertulis
'Hanya Untuk Pelanggan Sahaja' kecuali dlm kes keperluan yg mendesak spt
sakit perut dan sebagainya.
7) Tidak boleh menuduh orang lain
sebagai selektif boikot apabila hanya boikot Nestle, McD dan barangan
atau servis lain sedangkan FB dan Microsoft juga menyumbang kepada
Israel kerana nestle dan McD bukan keperluan mendesak tetapi FB dan
Microsoft adalah platform milik musuh yg boleh digunakan untuk tujuan
kesedaran dan kehidupan seharian. Tak makan McD takkan mati sbb ada nasi
dan burger Ramly dan kalau tak guna FB dan Microsoft pun tak mati
tetapi apakah kita mempunyai alternatif lain utk menyebarkan berita dan
info jikalau tidak menggunakan medium atau platform yg tersedia? Contoh
adalah tentera Islam berjaya dan mendapat harta rampasan berbentuk
kereta kebal serta pesawat dan senjata milik musuh maka adakah kerana
kita memboikot barangan Israel maka kita hancurkan semua? Tidak..
gunakannya utk tujuan kita.
8) Tidak menggunakan troll atau
dialog yg tidak benar kerana sekali lagi matlamat tidak menghalalkan
cara. Usah menzalimi org lain dgn meletakkan meme atau dialog yg org
tersebut tak pernah ungkapkan.
9) Boikot apa yang kita mampu secara berperingkat dan tidak sehingga menyusahkan kehidupan diri.
10) Usah menyalahkan atau memandang serong kepada pekerja di syarikat
yg kita boikot kerana mungkin mereka ada jihad tersendiri di dalam
organisasi tersebut dan doakan untuk mereka dan kita.
* Boikot
adalah usaha tetapi usaha paling penting adalah meningkatkan ilmu kita
sebagai Muslim dan menyeru dan menjadi inspirasi utk org sekeliling kita
meningkatkan ilmu Islam dan dunia agar kita menjadi umat yg terbaik 14
juta Yahudi berjaya mengawal dunia kerana intelektual mereka tetapi
1.7bilion umat Islam spt buih di lautan sbb sibuk bergaduh hal remeh
temeh sesama saudara seIslam dan tidak faham ajaran serta tuntuan ajaran
Islam maka adab dan akhlak seharian jauh dari Islam maka umat Islam
juga tertinggal dlm aspek dunia.
Lupakah kita suatu masa dahulu
umat Islam pernah menakluk 2/3 dunia dan umat Islam adalah pelopor
kepada kemajuan sains dan teknologi? Mereka berjaya kerana dekat kepada
sumber Islam dan hidul berpandukan Quran & Sunnah. Hakikatnya kita
yg saban hari melaungkan slogan ASWJ berpaksikan Quran & Sunnah
tetapi realitinya kita amat jauh dari kedua dua sumber itu serta tidak
menjadikan kedua-duanya paksi kehidupan kita. Kembalilah kepada
keduanya...
Wallahualam
No comments:
Post a Comment