Sunday, July 21, 2019

Thursday, July 18, 2019

Jadikanlah SEDEKAH satu HOBI

Tadi di ATM 7E ada abang ni marah marah duit gaji belum masuk. Saya diam tanda faham. ada orang setiap bulan duit dia cukup cukup untuk perbelanjaan dapur dan segala bil bil lain sahaja. Bila duit gaji lambat masuk memang stress. Nak buat simpanan tu jauh sekali.

Saya masih ingat april 2017.

Kisah adik ipar saya di Bank. Seorang Makcik minta tolong check baki dalam akaun beliau. Bila check ada RM20 baki.

"Makcik dalam akaun ada rm20" kata adik saya.

"Belum masuk lagi ya, takpelah makcik puasa LAGI hari ini". Ambil  card terus keluar bank. Orang ramai yang dengar perbualan tersebut panggil makcik  nak bantu, tapi dia terus keluar dari bank dengan cepat.

Adik saya meluru  ke kereta cerita masalah ini, kami pusing satu pekan tak jumpa .

Sehingga ke hari ini apabila ke bank check duit saya ingat makcik tersebut. Puasa lagi kah dia hari ini. Duit dari siapakah yang dia harapkan itu.

Kisah begini pernah saya jumpa. Ketika itu saya nak masukkan duit klinik. Sorang pakcik datang ke bank untuk masukkan duit rm100 ke akaun anak beliau. Datang dengan baju seperti dari kebun. Rm100 beberapa kali reject dari mesin sebab keadaan duit tidak bagus.

"Pakcik rm100 ni mesin tak terima, ada duit lain tak?"

"Ini jelah duit pakcik nak. Itu pun pinjam dari tauke. Pakcik ambil upah potong getah. Anak call katanya nak pakai duit"

Sedang kami berbual, datang sorang abang bagi kat pakcik ini rm500 cash. hari ini saya untung meniaga, pakcik ambillah duit ini HADIAH dari saya. Orang dalam bank semua tergamam. Saya lagilah. Terus pakcik menangis dan doa untuk abang tersebut.

Tuan puan kita kadang-kadang rasa susah, rupanya ada lagi insan lagi susah dari kita. Banyak nikmat yang Allah berikan, tapi banyak kita lupa. Hebat hidup orang yang suka bersedekah . Penuh keberkatan dan bahagia. Saya cemburu dengan abang tersebut sehingga ke hari ini. Rm500 sedekah tanpa soal selidik. Saya nak masukkan rm50 dalam tabung masjid menggigil tangan. Ya Allah lemahnya iman untuk bersedekah.

Sebab itulah kita jangan hasad tengok orang  kaya,kereta mewah,rumah besar atau suka post kemewahan mereka di media sosial. Sebab kita tidak tahu berapa banyak telah mereka belanjakan duit mereka untuk bersedekah kepada fakir miskin. 

Moga kita semua jadi insan hati yang mulia, sayang dan cinta kepada setiap insan. Jadikanlah SEDEKAH  satu HOBI yang baru untuk kita. Tanamkan rasa penyesalan jika tidak bersedekah. Asbab sedekah moga Allah redha dengan kita insyaallah.



Saturday, July 13, 2019

PENGETAHUAN AM yang wajar anda kongsi

Perkongsian dari FB Dato' Dr. Fadhilah Kamsah:

1. Tersedak makanan,
2. Kram Kaki,
3. Salah Bantal,
4. Kaki Kebas @ Semut2

In Shaa Allah pengetahuan ini berguna untuk kita & menolong orang lain.

Caranya adalah seperti berikut:
1. Jika tersedak makanan
Hanya perlu “mengangkat tangan”.

2. Kram kaki
Ketika kram kaki kiri, angkat tangan kanan tinggi-tinggi, Dan ketika kram kaki kanan, angkat tangan kiri tinggi-tinggi, segera akan terasa lebih selesa.

3. Salah bantal
Kadangkala ketika bangun tidur, kita dapati telah tersalah bantal, iaitu merasa sakit di sekitar tengkuk & belikat. Apa yang harus dilakukan ketika salah bantal? Ketika merasa salah bantal, kita hanya perlu mengangkat kaki shj, kemudian tarik ibu jari kaki dan picit dengan memutar kearah atau berlawanan arah jarum jam.

4. Kaki semut2 @ kebas
Ketika kaki kiri semut2, goncang @ ayun telapak tangan kanan dengan sekuat tenaga, ketika kaki kanan semut2, goncang @ ayun telapak tangan kiri dengan sekuat tenaga.



BAGAIMANAKAH CARA2NYA UTK MENANGANI SERANGAN JANTUNG KETIKA ANDA SEORANG DIRI:

1. Katakanlah kita bertolak pulang ke rumah pada pukul 7:25 mlm berseorangan setelah seharian bekerja mencari rezeki.

2. Pada ketika itu anda berasa amat letih, gundah-gulana dan kecewa.

3. Tiba2 anda terasa sakit yg amat sgt di dada, di tangan dan di rahang anda. Perjalanan terdekat ke hospital lebih kurang 5km dari rumah anda.

4. Malangnya anda tidak yakin dan tidak mampu utk bertahan sejauh itu.

5. Anda telah dilatih ilmu CPR tetapi tidak dipraktikkan ke atas diri sendiri.

6. CARA MENYELAMATKAN DIRI DPD SERANGAN JANTUNG KETIKA SEORANG DIRI.

Kebanyakan mereka yg kena serangan jantung tidak menerima sebarang bantuan dan mula rasa nak pengsan. Di waktu ini anda mempunyai masa 10 saat sahaja sebelum pengsan.

7. Walau bagaimanapun mangsa boleh membantu diri sendiri dgn BATUK SEKUAT mungkin. Setiap kali batuk hendaklah diselangselikan dgn MENARIK NAFAS panjang. Batuk tersebut hendaklah mendalam dan berpanjangan sehingga terasa di dada.

Bernafas panjang dalam2 sehingga terbatuk dan hendaklah diulangi setiap 2 saat sehingga bantuan tiba atau sehingga terasa dapat bernafas spt sediakala.

Bernafas panjang akan membantu memasukkan oksigen ke dlm jantung dan apabila terbatuk ia secara langsung membantu mengepam jantung dan memulihkan perjalanan darah.  Ia juga membantu mengembalikan degupan jantung spt sediakala. Ini membolehkan mangsa selamat tiba ke hospital.






Saturday, July 6, 2019

SAMPAH BAGIMU, HIDANGAN KELUARGAKU

Suami saya adalah pembekal ayam kampung di negeri ini. Alhamdulillah, banyak restoran-restoran yang menyajikan lauk ini di Kuantan, suami sayalah watak disebalik cerita.

Kebanyakan restoran mahukan ayam yang telah dipotong mengikut kehendak mereka. Ada yang potong 4, ada potong 8!

Apabila ayam dipotong, hampir semua kedai tidak mahu ambil kaki ayam, hati, pedal dan organ dalaman lain. Leceh untuk disimpan agaknya.

Selalunya suami saya akan menyimpan kaki-kaki ayam dan hati ayam ini dalam freezer besar di rumah. Tapi kalau dah masuk 2 minggu dan stok ayam masuk lagi, tempat yang terhad memaksa suami saya mencari jalan untuk mengosongkan freezer dari barang lain. Maka jalan terakhir, tanam atau buang sahaja kaki dan hati ayam ini jika tidak disedekah kepada orang lain.

'Ada kaki ayam tak? Kak Yah nak sikit.' Pesanan ringkas dari kakak sulung saya di satu pagi.

Kebetulan suami saya dah merungut kaki ayam dan hati yang banyak dalam freezer. Kami ambil keputusan menghantar sendiri semuanya ke rumah kakak. Sebenarnya ni satu jalan mudah. Jika kakak datang sendiri, pasti sedikit saja dia ambil. Tapi jika kami hantar dengan kenderaan pacuan empat roda kami, dah pasti kami boleh kosongkan freezer bahagian kaki ayam dan hati sekelip mata. Bagi semua! Padan muka kakak uruskan.

Kami hantar dan terus pulang ke rumah. Lupakan hal kaki ayam.

Esoknya, saya terima pesanan yang sangat panjang dalam aplikasi WhatsApp dari kakak.

'Ti, tau tak. Semalam kak tengok banyak betul kaki dengan hati ayam hampa bagi. Terkejut jugak. Kak rendam semua. Bila dah lembut, kak bungkus. Kak panggil jiran-jiran datang ambil. Mula-mula serba salah juga. Bimbang orang kata: sampah, kau sedekah. Tapi kak fikir, bagi sajalah. Siapa nak, ambil. Tak nak, jangan ambil. Tapi, ramai betul datang ambil. Alhamdulillah habis semuanya.'

Tersenyum saya membacanya. Kemudian dia menyambung.

'Semalam, lepas ajar budak-budak mengaji. Ada seorang jiran kak 'message'.

"Terima kasih Kak Yah, bagi kaki ayam tadi. Syukur sangat. Tak tahulah nak cakap macamana. Semacam betul-betul Allah hantar kaki ayam ni pada kami sekeluarga. Sebenarnya dah dua hari kami anak-beranak tak makan. Suami saya kena tangkap polis kes mencuri. Saya tak tahu nak pujuk macamana dah anak saya yang menangis lapar. Makanan di rumah satu pun tak ada. Tiba-tiba Kak Yah bagitau suruh datang rumah ambil kaki ayam ni. Allah. Macam ajaib. Terima kasih Kak Yah. Dah tidur anak-anak saya dapat makan malam ni. Terima kasih sangat-sangat."

"Ti, kak tulis ni pun sambil menangis. Lepas ni hampa jangan buang lagi kaki ayam. Bagi kak. Kak nak bagi pada jiran-jiran. Kita tak tahu siapa dapat kita selamatkan dari lapar asbab bagi benda yang kita anggap 'sampah' ni.'

Menangis saya baca.

Sungguh, zaman sekarang dah mengubah banyak corak hidup kita. Kita dituntut untuk jaga hak seorang jiran. Tapi, kita makin jauh.

Kita dituntut supaya tidak tidur selagi ada jiran yang masih kelaparan kerana kemiskinan tapi kita langsung tak ambil tahu.

Yang paling dahsyat, ada juga yang tak kenal pun jiran-jirannya. Rupa bagaimana. Kerja apa. Anak berapa orang. (Sayalah itu) Allahu.

Sedekahlah. Beri apa yang ada dalam tangan. Bantu tanpa mengharap ia dinilai dan kita dapat pujian. Beri tanpa harap apa-apa.

Beri kemudian lupakan.

Allah Allah. Berilah kami peluang yang banyak untuk bersedekah. Sungguh kami selalu leka. Jangan balas kami dengan takdir buruk di akhirat kerana kelalaian kami pada hak saudara kami yang susah. Dalam pada teruja dengan menu-menu berbuka yang serba maknika, berilah kami ruang untuk menghilangkan lapar orang yang teruji.

Sungguh, kamilah hambamu yang hina dan selalu lupa...

Sampah bagi kita, kadang jadi hidangan hebat bagi satu keluarga yang dalam kesusahan.


Monday, July 1, 2019

Jauhi sikap membazir makanan

Seorang wartawan Syria pernah menulis mengenai kemewahan hidup orang Arab. Kata beliau, di tahun 80an, orang Iraq terkenal dengan kemewahan makanan dan cara makan mereka. Jika mereka makan, akan dipastikan diatas meja dipenuhi makanan terlebih dahulu, bila mereka bangun dari meja makan, apa yang baki dianggap sampah kotor walaupun mereka belum menyentuhnya. 
Demikian juga di Syria, aku melihat seorang wanita sedang membeli roti, dan dalam perjalanan pulang ke rumah, beberapa biji roti itu jatuh ke tanah. Beliau langsung tidak mengambilnya walaupun beliau mengetahuinya. Betapa mewahnya dan sombongnya bangsa Arab dengan makanan mereka.

Aku belum lagi bercerita mengenai cara makan orang Teluk, mereka makan bagaikan raksaksa dan membuang sewenang-wenangnya. 

Kini, orang Iraq dan orang Syria terpaksa makan roti kering yang mereka jumpa diatas tanah. Antara sebab mereka jadi begitu kerana mereka tidak mensyukuri nikmat Allah SWT.

-Ibrahim Al-Khuki-

Kita juga khuatir, hari- hari gelap buat orang Melayu tidak lama lagi akan kunjung tiba dan pada masa itu, kita akan menanggungnya. Tidakkah kita merasa berdosa kepada anak-anak kita, generasi akan datang kita lantaran khianat dan sombongnya kita dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT..?

Kata Datuk Bandar Kuala Lumpur, "Pihak DBKL perlu mengurus sampah makanan 4 kali ganda lebih banyak dari hari biasa di bulan Ramadhan".
Bidaah apakah yang sedang kita lakukan ?

Jika nak salahkan syaitan, mereka sedang dirantai pada bulan Ramadhan, maka makhluk yang sebenarnya bersalah adalah diri kita sendiri.

Allah SWT pernah berfirman, "Jika engkau mensyukuri nikmat itu, pasti Aku akan tambah, jika engkau kufuri, ingatlah azab Aku amat pedih".

Kita melihat lelaki atau wanita bila makan di kedai, sengaja atau tidak, selalunya meninggalkan sisa makanan yang masih elok dan banyak untuk dibuang.

Apa salahnya makan makanan itu sampai habis. Cuba lihat kalau makan di kenduri kahwin, majlis berbuka puasa di masjid dan makan buffet di hotel.

Dah menjadi tabiat kita yang tamak, ambil dalam kuantiti yang banyak,  tak peduli orang belakang yang belum makan namun tak habis makan pun. Sungguh menyedihkan. Tidakkah kita fikir, apa yang orang lain fikir tentang kita?

Tidakkah kita malu pada makanan, rezeki yang Allah sediakan depan mata kita?
Adakah disebabkan makanan itu percuma, kita biarkan anak-anak kecil kita makan sendiri dan tak mampu habiskan sedang kita hanya melihat tanpa rasa berdosa?

Makan roti buang kulit, makan cuma secubit dua dan tinggal untuk dibuang. Ambil kuih yang banyak, namun makan hanya secubit dua.

Betapa sombong nya kita! Pada rezeki kita sendiri. Cuba tengok semula bagaimana corak anda sekeluarga makan?

Nilaikan diri kita sendiri, adakah binatang yang makan sisa dan tak punya akal fikiran itu, lebih baik dari kita, manusia yang dilahirkan sempurna akal fikiran?

Bangkitlah wahai bangsaku, perangi diri kita sendiri. Binalah semula saki baki jati diri yang lama kita lupakan itu. Masih belum terlambat.

Buanglah ego kita wahai bangsaku..

Jika kita masih leka, hari-hari mendatang amat perit untuk kita semua lalui, bersedialah dari sekarang untuk meredah ranjau duri yang kita sendiri cari.

Mohon didiklah diri dan anak-anak kita,  jangan pandang remeh hal yg kecil di mata kasar kita...sebenarnya amat besar di mata dunia!