Monday, May 14, 2018

Khasiat herba Roselle

ROSELLE

Produk yang menggunakan herba Hibiscus Sabdariffa merupakan tumbuhan yang mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi. Roselle Kapsul amat berkhasiat untuk segenap lapisan umur khususnya untuk proses penjagaan kesihatan dan sebagai pencegah dari sebarang jangkitan kuman atau virus yang menyerang tubuh manusia.

1. Anti Penuaan.
Roselle mempunyai Vitamin C yang tinggi dan berserat akan melambatkan proses penuaan dan mencegah berlakunya penyakit kronik. Keupayaannya meminimakan kerosakan yang dimusnahkan oleh radikal bebas merupakan sebab utama seseorang yang mengamalkan Roselle akan kelihatan muda dan berseri wajahnya.

2. Pencegahan Penyakit ‘Silent Killer’.
Keadaan oksidasi juga akan menyebabkan kadar LDL akan meningkat dan menyebabkan arteri tersumbat. Pengamalan Roselle akan membantu mencegah ketebalan LDL di arteri.

3. Sebagai Antioksidan.
Dunia kini yang terdedah kepada pencemaran udara, makanan, dan minuman merupakan punca utama kepada terjadinya penyakit kronik. Vitamin C dan serat yang tinggi yang terdapat dalam Roselle mampu untuk bertindak sebagai anti oksidan.

4. Demam Panas / Selesema.
Roselle amat baik untuk mereka yang sering menghadapi masalah selsema dan sebagai pemakanan kesihatan yang utama kepada mereka yang menghadapi masalah demam panas.

5. Resdung (alergi).
Pengambilan Coscinium Plus dan Roselle adalah dua gabungan yang terbaik kepada permasalahan begini.

6. Stress / Sukar tidur.
Bagi mereka yang menghadapi masalah stress dicadangkan mengambil Roselle dimana ia akan bertindak menurunkan suhu dan mempengaruhi mood pesakit. Roselle juga amat baik untuk masalah dengkur semasa tidur.

7. Masalah lain.
Amat baik untuk mereka yang menghadapi luka luar dan dalam, kecederaan, mengatasi masalah penyakit kulit, penenang dan sebagainya.


Tuesday, May 8, 2018

P E S A N A L A M

P E S A N   A L A M

Kalau ingin menangkap ayam,    jangan dikejar nanti kita akan penat dan ayam pun makin menjauh. Berikanlah ia beras dan makanan, nanti dg mudah ia datang dengan rela.

Begitulah Rezeki,

Keluarkan lah sedekah, nanti Rezeki akan datang menghampir tepat waktu.

Kalau ingin memelihara kupu-kupu,
Jangan tangkap kupu-kupunya,
pasti ia akan terbang.

Tetapi tanamlah bunga​. 
Maka kupu-kupu
akan datang sendiri
dan membentangkan sayap-sayapnya yang indah.

Bahkan bukan hanya kupu-kupu yang datang,
tetapi kawanan yang lain juga datang :
lebah,
pepatung.
dan lainnya,
juga akan datang
menambah warna warni keindahan.​

Sama halnya dalam kehidupan di dunia ini.
​Ketika kita menginginkan​
Kebahagiaan dan Keberuntungan,

Tanamkan kebaikan demi kebaikan, kejujuran demi kejujuran,

Maka kebahagiaan dan keberuntungan akan datang karena dianugerahkan oleh Allah.

Oleh karena itu,
selagi kita masih diberi hidup,​
mari kita membangun taman-taman bunga kita, 
bunga kebajikan dan bunga kejujuran.


Friday, May 4, 2018

Antara kebaikan sedekah

Jika seseorang itu memberi sedekah, dan dia tahu bahawa sedekahnya itu sampai kpd Allah SWT dahulu sebelum orang yang disedekahkannya, maka dia akan mendapat kegembiraan dalam pemberiannya.

Adakah kamu tahu antara kebaikan sedekah itu?

Rujukan dari hadis:

1. Sedekah adalah salah satu pintu untuk menuju ke Syurga Allah SWT

2. Sedekah ialah perbuatan yang paling mulia antara semua perbuatan kebaikan dan sedekah yang paling baik adalah dgn memberi makanan kepada orang

3. Sedekah akan dihisab pada hari Kiamat dan sedekah akan Inn Syaa Allah menjauhi  api neraka jahanam

4. Sedekah mampu memadamkan kemurkaan Allah SWT dan mampu memadamkan kepanasan di dalam kubur

5. Perkara yang paling memberi keuntungan kepada orang2 yang telah meninggal dunia adalah sedekah dan Allah SWT akan sentiasa memanjangkan pahala dari sedekah tersebut

6. Sedekah mampu mensucikan roh dan menambah pahala kebaikan

7. Sedekah adalah salah satu cara untuk mendapat kebahagiaan di hari Kiamat dihadapan Allah SWT

8. Sedekah boleh menyelamatkan diri dari celaka di hari Kiamat dan tidak akan membuat anda sengsara disebabkan masa lampau anda

9. Sedekah mampu menghapuskan dan diampunkan dari dosa2 yang telah dibuat

10. Sedekah adalah kepastian untuk meninggal dunia dalam keimanan serta ketakwaan terhadap Allah SWT dan malaikat akan mendoakan kebaikan kepada anda

11. Orang2 yang memberi sedekah ialah orang2 yang baik dan sesiapa yang terlibat dalam melakukan kebaikan tersebut akan diberi ganjaran oleh Allah SWT

12. Orang yang memberi sedekah dijanjikan akan mendapat ganjaran yang hebat dari Allah SWT Inn Syaa Allah

13. Orang yang memberi sedekah adalah tergolong dari golongan orang2 yang disayang oleh masyarakat

14. Memberi sedekah adalah perbuatan yang mulia dan dihormati

15. Sedekah mampu melepaskan anda drpd kesusahan dan doa2 akan dimakbulkan Allah SWT Inn Syaa Allah

16. Sedekah mampu menghapuskan kesulitan hidup dan ditutup 70 pintu kecelakaan di dunia

17. Sedekah mampu memanjangkan umur seseorang itu dan boleh memberi kejayaan hidup

18. Sedekah adalah ubat

19. Sedekah mampu menolong anda dari kecurian, kematian yang dahsyat dan hina, kebakaran dan lemas

20. Sedekah ialah ganjaran yang baik meskipun anda memberi kepada binatang2 atau burung2



Tuesday, May 1, 2018

EKONOMI ITU CERITA RAKYAT, KATA PAKAR EKONOMI 'BERJIWA RAKYAT'


Sejak menerbitkan buku mengenai ketaksamaan ekonomi, “The Colour of Inequality: Ethnicity, Class, Income and Wealth” in Malaysia yang laris pada 2014, Dr Muhammed Abdul Khalid tidak lupa satu peristiwa bagaimana orang ramai memberi reaksi kepada kupasannya mengenai ekonomi negara.

Muhammed baru saja selesai menyertai sebuah forum di Publika Shopping Gallery di Kuala Lumpur apabila didatangi oleh seorang pemuda dalam lingkungan umur 30-an, meminta beliau menandatangani buku tulisannya yang sudah diterbitkan dalam edisi terjemahan ke Bahasa Melayu dengan tajuk “Antara Dua Darjat: Agihan Pendapatan Di Malaysia”.

“Saya tanya datang dari mana, dia kata dia menaiki motosikal berseorangan dari Pulau Pinang setelah dia tahu saya akan menjadi ahli panel di forum di galeri itu. Saya tanya dia kerja apa, dia kata pengawal keselamatan.

"Dia kata ‘saya datang semata-mata nak ucapkan terima kasih kerana bercakap bagi pihak kami’. Selepas itu dia minta kebenaran sekiranya dia boleh peluk saya.

“Saya agak terganggu dengan insiden ini, sebab saya rasa ada macam tekanan, mungkin rakyat mengharapkan sesuatu dan apabila kita suarakan, rakyat menghargainya,” katanya dalam satu wawancara dengan The Malaysian Insight baru-baru ini.

Hanya lebih kurang seminggu sebelum itu, Muhammed muncul di stesen televisyen RTM1 dan TV3 bercakap mengenai realiti ekonomi Malaysia menjelang pembentangan Bajet 2018 oleh Perdana Menteri Najib Razak.

Rakaman video program bual bicara itu tular di media sosial, isu pokok mengenai ekonomi negara jadi bualan di mana-mana dan nama anak kelahiran Pulau Pinang ini jadi sebutan sehingga diberi gelaran "pakar ekonomi berjiwa rakyat".

“Selepas video itu menjadi tular, saya sedar satu perkara, iaitu apabila bercakap atau menulis, kebanyakan penganalisis atau ahli ekonomi cenderung menggunakan bahasa yang diguna pakai oleh pembuat dasar dalam kerajaan.

“Mentor saya, iaitu pakar ekonomi ternama di negara kita, mengingatkan saya bahawa strategi itu salah. Kumpulan sasaran kita bukan pembuat dasar tetapi seharusnya rakyat.

"Kalau saya cakap, rakyat tak faham tak ada makna, kalau saya tulis rakyat tak faham pun tak ada makna,” katanya lagi yang selesa bercakap dalam dialek Pulau Pinang.
—•-•—

DARIPADA PENJUAL KUIH KE PAKAR EKONOMI

Muhammed, 43, adalah bukti hidup bagaimana peluang pendidikan yang berkualiti adalah kunci utama yang membuka banyak pintu untuk mengubah hidup.

Ibunya pernah jadi guru sebelum menjadi suri rumah. Untuk meringankan beban keluarga, Muhammed bersama adik kembarnya turut menolong menjual kuih setiap pagi sebelum ke sekolah. Kesibukan itu bagaimanapun tidak menjejaskan tumpuannya kepada pelajaran, tambahan pula latar belakangnya anak seorang guru.

“Saya rasa saya ini sangat bertuah, mak saya tekankan pendidikan. Ketika orang kampung pergi lawatan ke sana sini, mak saya tak pernah ikut, dia simpan duit untuk kami sekolah. Saya sekolah kampung saja dekat Tanjung Tokong. Selepas itu saya masuk ke sekolah biasa di George Town, tapi turut tergolong sebagai sekolah ‘samseng’ juga .

“Saya dapat keputusan bagus, Alhamdulillah, diberi peluang untuk masuk ke sekolah sains di Kedah. Kalau saya tak masuk sekolah ini, rasanya sekarang ini saya kerja biasa-biasa saja agaknya,” katanya mengimbas zaman remajanya di Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa di Sungai Petani, Kedah.

Muhammed berkata apa yang berlaku padanya adalah bukti bahawa kualiti pendidikan yang baik amat penting.

"Bukan sebab budak-budak di sekolah kampung saya tak pandai. Tetapi di sekolah sains itu pelajar bersaing. Saya tak boleh tidur awal sangat sebab budak katil sebelah saya baca buku. Saya tak boleh nak main bola sepak lama sangat apabila tengok budak katil sebelah kiri pun baca buku,” katanya.

Muhammed berkata keadaan ini menyebabkan persekitaran di sekolah berasrama penuh menjadi kompetitif.

“Kalau nak kata cikgu di sekolah biasa tak bagus, cikgu di asrama penuh pun cikgu sekolah kerajaan juga. Sebab itu jika orang kata sekolah kerajaan tak bagus, tak berapa betul.

“Selepas sekolah menengah, saya mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran dalam ijazah sarjana muda di Amerika Syarikat,” katanya.

Muhammed mendapat ijazah pertamanya dalam bidang kewangan dari University of Southern California, Los Angeles dan kemudian menerima sarjana dalam bidang ekonomi dari Universiti Malaya.

Atas dorongan Profesor Dr Jomo Kwame Sundaram yang ketika itu mengajar di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Muhammed meneruskan pengajian peringkat doktor falsafah di sebuah universiti terkemuka di Perancis, iaitu Institut Kajian Politik Paris (Sciences Po Paris).  Beliau lulus PhD dengan kepujian kelas pertama.

Muhammed sempat jadi pembantu kepada profesornya dengan mengajar bidang ekonomi makro di situ sebelum pulang ke Malaysia untuk menjawat tugas sebagai felo penyelidik di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Beliau kemudian berkhidmat di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia yang ketika itu dipimpin oleh pakar ekonomi tersohor Prof Dr Mahani Zainal Abidin.

Muhammed kemudian dilantik sebagai ketua ekonomi di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan seterusnya menjadi pengarah penyelidikan di Institut Penyelidikan Khazanah (KRI).

Beliau kini pengasas dan ketua pakar ekonomi DM Analytics, sebuah syarikat perunding polisi yang mempunyai pelbagai klien termasuklah agensi daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Bank Dunia.
—•-•—

TURUN PADANG

Berbeza dengan pakar ekonomi biasa, Muhammed lebih suka berada di lapangan berbanding di pejabat untuk melihat sendiri keadaan masyarakat serta berbual dengan mereka.

“Saya suka turun ke padang. Sebab kalau kita nak buat kerja berkait dengan polisi, kita tak boleh hanya duduk di pejabat bertali leher.

“Kita kena berjalan di luar untuk merasai situasi rakyat. Apabila kita bercakap tentang sesuatu isu itu, ia harus berdasarkan realiti, fakta dan data,” katanya.

Dr Muhammed Abdul Khalid berkata beliau lebih suka berada di lapangan berbanding di pejabat untuk melihat sendiri keadaan masyarakat serta berbual dengan mereka.

Pada 2013, Muhammed yang pada ketika itu jadi penyelidik di UKM dan Dr Lee Hwok Aun dari Universiti Malaya menggemparkan negara selepas mendedahkan kajian mereka yang mendapati ada diskriminasi terhadap kaum Melayu untuk dipanggil temu duga mendapatkan pekerjaan dalam syarikat dimiliki orang Cina dan syarikat antarabangsa di Malaysia.

Biarpun analisis ekonominya sering kali tidak senada dengan naratif yang cuba ditonjolkan kerajaan, Muhammed menegaskan beliau bukan seorang yang bersikap anti kerajaan.

“Saya bukan anti kerajaan, itu tak betul. Benda yang baik tak payahlah saya nak cakap banyak. Polisi yang tidak berapa baik kita perlu tonjolkan supaya ia boleh diperbaiki," katanya.

“Saya selalu berpegang pada prinsip pengarang terkemuka Indonesia Pramoedya Ananta Toer. Katanya, ‘dalam hidup kita, cuma satu yang kita punya, iaitu keberanian. Kalau tidak punya itu, lantas apa harga hidup kita ini?’,” soalnya.

Muhammed berkata apa yang beliau lakukan ini adalah satu tanggungjawab – kepada masyarakat.

"Kita diberi sedikit ilmu, maka ia harus digunakan untuk kebaikan rakyat. Bak kata penyair Rendra, ilmu haruslah digunakan untuk pembebasan, bukan untuk penindasan," katanya.

“Takkan kalau ada polisi yang tidak betul, saya berdiam diri.  Saya tidak mahu nanti ditanya anak cucu apa saya buat untuk pastikan generasi mereka mendapat kehidupan yang lebih baik. Tak mungkin saya nak kata saya tak buat apa, hanya makan karipap dan minum teh tarik, kot?"