Friday, September 30, 2016

Awesome wood art






Tuesday, September 27, 2016

"First of all"







Saturday, September 10, 2016

Kebergantungan Sesama Manusia

Syurga lelaki pada  perempuan iaitu ibu.
Syurga perempuan pada lelaki iaitu suami.

Sehebat-hebat suami kena patuh pada ibu.
Sehebat-hebat ibu kena patuh pada suami.

Masa hidup anak perlukan doa ibubapa.         
Masa mati ibubapa perlukan doa anak.

Di dunia nasab itu pada lelaki.
Di akhirat nasab itu pada perempuan.

Sehebat-hebat manusia, bila mati dia tetap perlukan orang lain untuk kebumi jenazahnya.

Setinggi-tinggi ilmu yang manusia ada, dia tetap perlu belajar daripada seorang guru.

Berapa jauh pun seorang manusia itu mengembara, pasti yang dirindu adalah keluarga.

Walau sekaya manapun seorang manusia, dia tetap perlu berurusan dengan orang lain.

Seorang General Manager tidak akan mampu menguruskan perjalanan premis tanpa general worker.

Seorang raja tidak berkuasa tanpa ada rakyat jelata.

Inilah manusia... Lemah. Walau sehebat mana pun kita didunia. Walau memegang pangkat dan darjat tertinggi. Taraf kita hanya seorang "Hamba".

Lalu kenapa mahu rasakan kita adalah yang terbaik dan terhebat???

Bukankah itu hanya akan membawa kita kepada taraf ujub, riak, sombong dan hina.

Ingatlah wahai diriku dan yang sedang membaca. Iblis itu terlaknat hanya kerana satu sifat. Iaitu sombong dan merasa dia lebih baik.

Alangkah baiknya jika dunia yang sementara ini kita isi dengan kebahagian. Bahagia lihat orang lain bahagia. Derita bila lihat orang lain derita.
Mahu yang terbaik buat diri sendiri dan orang lain.

Ingatlah...
Dunia untuk dikongsi bersama. Jika tidak, pasti Tuhan beri setiap seorang manusia itu sebuah bumi untuknya sendiri.

Sesungguhnya Tuhan tidak pernah salah merencana sesuatu. Pasti ada hikmahnya.





Wednesday, September 7, 2016

Ketika umur kita...

Ketika umur kita bawah 10 tahun, kita percaya bahawa bermain merupakan perkara sangat penting. Sebab itu kita suka bermain. Pagi petang siang malam mahu bermain.

Ketika umur kita belasan tahun pula, kita merasakan kebebasan itu lebih penting. Sebab itu kita ingin menyuarakan pendapat sendiri. Ingin suara didengari. Kita banyak memberontak dan sedikit keras kepala. Kita menjadi degil dan tidak mahu mendengar kata.

Beranjak kepada umur 20-an, kita berasakan pendidikan dan kerjaya pula penting. Sebab itu kita belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh kerjaya yang setimpal. Kadang-kadang kita berasa menyesal tidak belajar bersungguh-sungguh dahulu. Melihat kawan-kawan mendapat pekerjaan yang baik kita berasa cemburu. Alangkah ruginya kita mempersiakan hidup sebelum ini.

Meningkat kepada umur 30-an, kita semakin sedar bahawa kewangan itu pula penting. Masa inilah kita sedang membina hidup. Membina keluarga. Ingin membeli kereta,  rumah, tanah, aset, melancong dan sebagainya.

Namun akhirnya, kita akur tatkala memasuki fasa 40-an. Bahawa perkara yang paling penting dalam hidup ialah kesihatan. Kekayaaan dan lain-lain tidak bermakna dengan tahap kesihatan yang tidak memuaskan. Pada masa ini darah tinggi, kencing manis, jantung sakit  dan lain-lain sedang cuba melamar. Masa inilah kita menyesal kerana sibuk dengan kerjaya sehingga lupa untuk bersenam, menjaga kesihatan ketika umur remaja dan meningkat dewasa.

Memasuki era 50-an, tatkala kita sudah memiliki semua impian, akhirnya kita sedar bahawa perkara yang lagi penting dalam hidup ialah kasih sayang. Kita sedikit kesunyian tatkala anak-anak sudah berkahwin dan tinggal di tempat lain. Anak-anak yang sibuk dengan kerjaya menjadikan kita rindu saat-saat indah bersama mereka di usia kecil. Rumah banglo besar, kereta besar seakan-akan tidak lagi bermakna. Rumah besar kosong dan sunyi sepi.

Kehidupan mesti diteruskan. Tatkala memasuki usia 60-an, kita semakin sedar bahawa hanya amal ibadat perkara yang cukup bermakna sebagai bekalan menuju ke sana. Segala kemewahan dan kebendaan tidak lagi bermakna. Kubur bakal menjemput bila-bila masa. Rumah hampir setiap hari menyatakan selamat tinggal. Mujurlah Allah masih membuka pintu dan menerima taubat yang kita pohon.

Demikianlah kitaran hidup. Kanak-kanak akan menjadi remaja. Remaja akan menjadi dewasa. Dan dewasa akan melangkah ke alam usia emas. Usia hanyalah pinjaman. Dunia hanyalah pinjaman. Amatlah rugi jika kita mempersiakan hidup dengan perkara yang merugikan dan melalaikan. Terlibat dengan gejala negatif, berkawan dengan rakan yang melalaikan, atau terlalu sibuk dengan kebendaan.





Sunday, September 4, 2016

Memperkasa Guru Sebagai Inspirer

Intipati Seminar
Prof. Dato' Dr Hj Mohd Fadzillah Kamsah
20 Mei 2016
Dewan SMK Sultan Ismail JB

Memperkasa Guru Sebagai Inspirer

1. Seorg guru yg menyentuh hati pelajarnya secara positif akan menyinari hidup pelajarnya.

2. Jika kita tidak mendoakan guru² kita, jangan kita harap murid² mendoakan kita.

3. Hadiahkan al-fatihah kepada org yg kita sayang, org yg kita benci, org yg benci kita untuk bina roh yang serasi.

4. Hadiahkan al-fatihah kpd anak² dan isteri/suami setiap hari, perubahan akan disedari dgn anak² akan menjadi anak² yg soleh/solehah dan mudah mendengar kata dan isteri/suami yang penyayang.

5. Guru adalah arkitek insan.

6. Kajian menunjukkan hanya 2-3% murid² yang sayang semua gurunya.

7. Org yg 2 hari tidak berubah ke arah kebaikan bermakna dia menuju ke arah kegagalan

8. Arahan kepada murid lelaki kena sedikit, x boleh lebih 3 ayat. Lebih dr tu dikira membebel😬

9. Makan buah apabila perut kosong (sarapan/sahur/dsb) menjadikan perut beralkali dan penyakit sukar bertapak.

10. Sesiapa yg x berterima kasih pd manusia, dia x pandai bersyukur kpd Allah

11. Kita berfikir dalam bentuk gambar yang dirangsang dengan perkataan.

12. Kita bertindak mengikut gambar dalam minda.

13. Org yg bahagia x semestinya senyum, tp org yg senyum pastinya bahagia

14. Sebelum tidur solat taubat dan istighfar 100x. Tidur itu mati sementara, mati itu tidur yg kekal. Maafkan semua org. Isteri minta ampun pd suami. Tidur iring ke kanan.

15. Guru lebih berpengaruh, murid akan lebih dgr cakap guru, tetapi anak2 akan tiru tingkah laku ibu bapa.

16. Budak² yang nakal sewaktu kecil biasanya menjadi org yg bijaksana apabila dewasa kerana otaknya berjalan dan berfungsi dgn baik.

17. Allah bertindak mengikut sangkaan manusia..selalu fikir yg baik2 dan bersangka baik.

18. Pelajar akan lupa apa yg Ckgu ajar tetapi pelajar akan ingat layanan Ckgu semasa mengajar.

19. Guru perlu lebih dahulu berubah sebelum murid berubah.

20. Sentuhan antara Ckgu dgn murid yg sama jantina akan memecahkan kedegilan.

21. Prinsip menegur adalah puji dahulu, kemudian tegur.

22. Tabiat baru terbentuk dalam 40 hari.

23. Org yg hatinya baik, pasti keluar dr mulutnya yg baik².

24. Bila kita rasa kita dah baik sebenarnya kita adalah jahat.

25. Undang² minda : benci menarik benci, sayang menarik sayang.

26. Kekuatan minda terbentuk melalui solat dan doa.

27. Apabila berhadapan dgn pelajar degil dan nakal baca : ya fatah wa bikanas ta'in, ya Aziz, ya Jabbar, ya Mutakabbir.

28. Guru yg baik merangsang pelajar untuk meyakini guru tersebut, ttp guru sbg inspirer merangsang pelajar meyakini diri sendiri.

29. Masalah punca drpd :
   >hati yg kotor, fikiran negetif, amalan yg x sihat, paranormal, masalah persekitaran, dan ujian Tuhan

30. Kecemerlangan bukan satu tindakan tp satu tabiat.

31. Jangan harap pelajar berubah sebelum guru berubah.

32. Langkah menjadi inspirer:
a. Azam jd guru yg baik.
b. Doa dan pasang niat untuk sntiasa ceria dan bersemangat.
c. Sentiasa cuci hati dgn solat taubat, zikir, maafkan org, redha dan lain2
d. Urus dn rumus masalah peribadi, jgn bawa ke rumah dan ke sekolah.

33. Walaupun ramai org yg buat, yg salah tetap salah.

34. Beratus fikiran negatif dapat dipadam dengan satu pujian yg jelas dan ikhlas.

35. Pelajar akan bertindak apabila hati mereka tersentuh.

36. Tuhan bertindak seperti mana yg difikirkan oleh hambaNya.

37. Jika kita berubah dalaman dan luaran, tuhan akan ubah semua org dan makhluk di sekitar kita.

38. Satu fikiran yg positif pd waktu pagi, menyebabkan sepanjang hari menjadi positif.

39. Solat taubat setiap malam kerana kita tidak tahu adakah kita akan bangkit lg esok pg.

40. Maafkan semua org sebelum tidur.

41. Kemaafan dpt menjadikan hati,jiwa dan fikiran kita tenang, badan yg sihat, wajah yg berseri, doa mudah dimakbulkan, menarik hidayah tuhan, semua org menjadi sayang dan membuka pintu rezeki.

42. Tidur mengiring ke kanan dapat mengurangkan tekanan ke atas jantung.

43. Amalkan bangun sahaja dari tidur terus senyum dan berdoa. Badan menghasilkan hormon positif walaupun melalui senyum yg dibuat².

44. Makan buah sebelum sarapan, tghri dan malam terbukti mengurangkan risiko penyakit dari perut.

45. Amalkan masuk rumah baca basmallah dan surah al-ikhlas, senyum, beri salam dan masuk dgn kaki kanan. Ahli rumah sentiasa dilimpahi ketenangan.

46. Keluar rumah dgn sentiasa berniat mencari redha Allah.

47. Sentiasa doakan pelajar, ibu bapa pelajar, teman sekerja dan org lain.

48. Bila ada org cuba membetulkan kesilapan kita jgn kita rasa terhina atau malu, kdg kala itulah cara Allah mengingat dan mengajar kita bagaimana cara utk jd yg terbaik.

49. Jika guru tidak belajar drpd apa yg diajar, berhentilah mengajar.

50. Jadilah guru yg ketiadaannya dicari, kehadirannya dinanti, kepergiannya dirindui, kematiannya ditangisi dan kebaikannya diteladani. Semoga kita termasuk dlm kalangan guru seperti itu. Amin.




Thursday, September 1, 2016

KITA TAHU TAPI KITA TAK PEDULI....

▶ Kita mengetahui, solat secara berjemaah itu adalah sunnah, mendapat lebih 27 darjat lebih berbanding solat bersendirian. Tetapi ruginya kita masih tidak mampu untuk berjemaah di masjid atau surau.

▶ Kita mengetahui, bahawa ucapan "Subhaanallaahi wa bihamdihi" sebanyak 100 kali dalam sehari akan menghapuskan dosa-dosa kita, walaupun dosa kita sebanyak buih di lautan. Akan tetapi sayang, Berapa banyak hari kita yang berlalu tanpa kita mengucapkannya sedikitpun.

▶Kita mengetahui, bahawa pahala dua rakaat Dhuha setara dengan pahala 360 sedekah, akan tetapi sayang, hari berganti hari tanpa kita melakukan solat Dhuha.

▶ Kita mengetahui, bahawa orang yang berpuasa sunnah kerana Allah satu hari saja, akan dijauhkan wajahnya dari api neraka sejauh 70 musim atau 70 tahun perjalanan. Tetapi sayang, kita tidak mahu menahan lapar.

▶Kita mengetahui, bahawa siapa yang menjenguk orang sakit akan diikuti oleh 70 ribu malaikat yang memintakan ampun untuknya. Tetapi sayang, kita belum juga menjenguk satu orang sakit pun minggu ini.

▶Kita mengetahui, bahawa siapa yang membantu membangun masjid kerana Allah walaupun hanya sebesar sarang burung, akan dibangunkan sebuah rumah di syurga. Tetapi sayang, kita tidak tergerak untuk membantu pembangunan masjid walaupun hanya dengan beberapa ringgit.

▶Kita mengetahui, bahawa siapa yang membantu ibu tunggal dan anak yatimnya, pahalanya seperti berjihad di jalan Allah, atau seperti orang yang berpuasa sepanjang hari tanpa berbuka, atau orang yang solat sepanjang malam tanpa tidur. Tetapi sayang, sampai saat ini kita tidak berniat membantu seorang pun anak yatim.

▶Kita mengetahui, bahawa orang yang membaca satu huruf dari Al-Qur'an, baginya sepuluh kebaikan dan satu kebaikan akan di lipatgandakan sepuluh kali. Tetapi sayang, kita tidak pernah meluangkan waktu membaca Al-Qur'an dalam jadual harian kita.

▶ Kita mengetahui, bahawa haji yang mabrur, tidak ada pahala baginya kecuali syurga, dan akan diampuni dosa-dosanya sehingga kembali suci seperti saat dilahirkan oleh ibunya. Tetapi sayang, kita tidak bersemangat untuk melaksanakannya, padahal kita mampu melaksanakannya.

▶Kita mengetahui, bahawa orang mukmin yang paling mulia adalah yang yang paling banyak solat malam, dan bahawasanya Rasulullah SAW dan para sahabatnya tidak pernah meremehkan solat malam ditengah segala kesibukan dan jihad mereka. Tetapi sayang kita terlalu meremehkan solat malam.

▶Kita mengetahui, bahawa hari kiamat pasti terjadi, tanpa ada keraguan, dan pada hari itu Allah akan membangkitkan semua yang ada di dalam kubur. Tetapi sayang, kita tidak pernah mempersiapkan diri untuk hari itu.

▶Kita sering menyaksikan orang-orang yang meninggal mendahului kita. Tetapi sayang, kita selalu hanyut dengan senda gurau dan permainan dunia seakan kita mendapat jaminan hidup selamanya.

Amalkanlah 12 perkara di atas demi kebahagian kita di dunia dan akhirat.

Sama-sama kita persiapkan diri utk menuju ke syurga abadi seluas langit dan bumi.