Wednesday, February 26, 2014

Peribahasa moden

1. ALANG-ALANG MANDI BIAR GUNA SABUN.

2. BAPAK BOREK, ANAK RINTIK, EMAKNYA PASTI PETAK-PETAK.

3. BERAPA BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI SEGUNI BERAS.

4.. BIAR PUTIH TULANG, JANGAN KUNING GIGI.

5. CARIK-CARIK BULU AYAM, LAMA-LAMA JADI
SHUTTLECOCK.

6. CUBIT PAHA KANAN, PAHA KIRI TAK RASA APA-APA PUN.

7. DARI MANA HENDAK KE MANA , KENAPA KAU TANYA,MENYIBUK PULA.

8. DI MANA ADA GULA DI SITULAH ADA GULA-GULA.

9. DI MANA BUMI DIPIJAK, DI SITULAH ADA KESAN KENA PIJAK.

10. DIAM-DIAM UBI, BERISI, DIAM-DIAM ORANG, BISU.

11. GAJAH MATI MENINGGALKAN GADING,HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG, MANUSI MATI MENINGGAL DUNIA.

12. HABIS MADU SEPAH DIKITAR SEMULA.

13. SEDIKIT-SEDIKIT LAMA-LAMA TINGGAL SIKIT.

14. HARAPKAN PAGAR, PAGAR MEMANG TAK BOLEH DIHARAP.

15. HENDAK SERIBU DAYA, TAK HENDAK TAK APA.

16. HIDUP SEGAN, MATI DITANAM.

17. HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG, HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI,LEBIH BAIK KALAU HARI TAK HUJAN.

18. JAUH DI MATA SAKIT DI HATI.

19. JIKA KAIL PANJANG SEJENGKAL,BELI LE KAIL YANG PANJANG SIKIT KALAU NAK NGAIL DI LAUT (BELI KAPAL TUNDA LAGI BAIK).

20. KAIS PAGI MAKAN PAGI, KAIS PETANG SIMPAN ESOK PAGI.

21. KALAH JADI ABU, MENANG JADI ARANG, SERI JADI ABU BAKAR.

22. KE MANA TUMPAHNYA KUAH KALAU TIDAK KE BAWAH.

23.. KECIL-KECIL CILI PADI, KECIL LAGI BIJI CILI.

24. LEMBU PUNYA SUSU, CAP TEKO DAPAT NAMA.

25. MAKAN HATI BERULAM JANTUNG DENGAN JERUK BUAH PINGGANG DAN USUS MASAK KICAP.

26. MASUK TELING KIRI, KELUAR TELINGA KANAN, TERSUMBAT KAT MULUT, MELELEH KAT HIDUNG.

27. MEMBUJUR LALU, MELINTANG PUKANG.

28. ORANG MEMBERI KITA MERASA,ORANG TAK BERI KITA PAKSA DIA..

29. PATAH TUMBUH , HILANG REPORT POLIS.

30. PEMUDA HARAPAN BANGSA, PEMUDI TIANG NEGARA, PONDAN TIANG TELEPON.

31. SAMBIL MENYELAM TENGOK KAPAL SELAM.

32. SEBAB PULUT SANTAN BINASA, SEBAB MULUT HABIS PULUT.

33. SEDANGKAN LIDAH LAGI TERGIGIT, INIKAN PULA MAKANAN DI DALAM MULUT.

34. SEHARI SELEMBAR BENANG, LAMA-LAMA BENANG HABIS.

35. SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT, AKHIRNYA TAK DAPAT MASUK OLIMPIK JUGA.

36. SESAL DAHULU PENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN CUKAI PENDAPATAN.

37. TIADA ROTAN PELEMPANG PUN BERGUNA.



Tuesday, February 25, 2014

Wise words from Mufti Menk

muftimenk

 All things Mufti Ismail Menk:

www.youtube.com/user/MuftiMenkRox
https://twitter.com/muftimenk‎
https://www.facebook.com/muftimenk‎
www.muftimenk.co.za 


Sunday, February 16, 2014

Mendisiplinkan murid: jarang sekali org bertanya kenapa berlaku


By Hadi Mat Dain

Pukul dgn selipar, bagi makan rumput, cubit hingga berdarah, sepak sampai bengkak kaki, tampar hingga berdarah telinga.....dan bermacam2 lagi hukuman berbentuk " corporal " dilakukan oleh guru terhadap murid2 di sekolah..... Dgn pantas ibubapa membuat laporan polis serta mengadakan sidang akhbar mendedahkan tentang keburukan atau ketidakwajaran guru terhadap anak mereka..... Bagi mereka inilah peluang nak tunjuk kasih-sayang kpd anak2....walaupun tak pernah bertanya anak2 tentang pelajaran dan kerja rumah....

Maka dgn pantas pulalah Polis, pegawai2 PPD, JPN dan KPM menyerbu ke sekolah menyiasat dan mengemukakan laporan yg akhirnya guru tersebut diambil tindakan ditukarkan ke sekolah lain......walaupun aduan sekolah tentang kerosakan tandas, bumbung, pagar dan lain2...tidak sepantas itu pegawai2 datang! ......Begitulah cerita ini berulang-ulang sejak dulu lagi.....semuanya berkisar tentang apa yg berlaku dan bagaimana tindakan selepas peristiwa berlaku....

Tetapi jarang sekali org bertanya kenapa berlaku?

Semuanya merasa simpati terhadap murid....semuanya merasa bimbang terhadap keselamatan murid....maka di war-warkan kesalahan guru....punca kpd kejadian terus dilupakan....kesalahan awal murid yg menjadi punca dia dihukum tidak lagi dipedulikan....

Siapa yg peduli tentang perasaan dan emosi guru? Guru robot? Guru takda anak? Guru sakit mental?
Aku bukan menyokong murid2 dihukum sedemikian rupa....tetapi mengapa tidak memikirkan tentang kesalahan asal murid, kemudian diseimbangkan dgn hukuman yg diberi oleh guru.... Memang benar, pujangga mengatakan bahawa: " Seorang guru tahu erti bodoh, sebab sebelum dia cerdik jadi guru, dia pernah bodoh sebagai murid....seorang murid tidak tahu erti cerdik, sebab dia murid, belum cerdik." Namu guru manusia biasa, ada emosi, perasaan, juga terdedah kpg gangguan syaitan....

Teringat aku suatu kisah yg berlaku di sebuah sekolah berasrama kira2 18 tahun dulu.... Seorang murid, anak tunggal kpd seorg penjawat awam di universiti ditampar oleh GPK (HEM) kerana melawan GKP tersebut. Ia bermula dgn murid itu mengajak kawan2nya mengerumuni meja seorang guru perempuan dgn alasan ingin bertanya masalah. Semasa berkerumun di kelililing guru tsb, murid tadi bertindak meramas buah dada kanan guru tersebut. Guru itu menjerit, suasana menjadi gempar, guru itu menangis.....laporan dibuat, soal-siasat dijalankan...berdasar saksi rakan2, murid tersebut akhirnya mengaku melakukan perbuatan tersebut. Sewaktu soal siasat dilakukan, murid itu bercekak pinggang ala samseng dan ini tidak disukai oleh GPK(HEM) yg mangarahkan supaya berdiri tegak dgn tangan lurus supaya nampak bersopan. Arahan bbp kali oleh GPK(HEM) tidak dipedulikan hingga berlaku tepis menepis akhirnya GPK tersebut melepaskan penampar agongnya!

Keesokan harinya....murid tersebut berjumpa GPK(HEM) mengadu telinganya berdarah. Murid itu terus dibawa ke hospital utk rawatan. Bapa murid dihubungi. Setelah mendapat tahu anaknya ditampar, dia membuat laporan polis. Permohonan maaf GPK(HEM) tidak diendahkan. "See you in court!" Kata bapa itu. Maka hebohlah kejadian itu. Bapa bertindak mengambil lawyer menyaman guru tersebut dgn tuntutan RM60,000. Atas nasihat PPD, GPK(HEM) terpaksa mengambil lawyer utk challenge tutntutan bapa murid itu. Terbanglah RM300 utk bayaran buka fail, tambahan kpd RM50 wang yg telah diberikan sebagai bayaran rawatan. Diringkaskan cerita, akhirnya saman itu tidak dilanjutkan kerana mengikut laporan doktor, darah telinga itu kerana penyakit telinga yg memang telah lama dialami murid, bukan kerana 'tampar agong' GPK(HEM) itu!

Ironinya.....yg menjadi perbincangan, siasatan, laporan ialah kes tampar murid.....murid ramas buah dada guru tidak lagi menjadi isu! Yg dinampakkan bersalah ialah guru! Salah murid diketepikan...seolah2 kesalahan meramas buah dada itu takpa! Tergamak bapa tadi memusuhi guru yg ingin mendisiplinkan anaknya! Apa yg diidamkan oleh sibapa terhadap anaknya? Adakah supaya dewasa nanti anaknya diharapkan menjadi seorang peramas buah dada yg hebat!

Akibatnya......GPK(HEM) yg dedikasi itu memohon meletak jawatan dan bertukar ke sekolah lain. Guru perempuan mangsa murid itu juga bertukar ke sekolah lain. Murid tersebut diketahui akhirnya berada di pusat pemulihan dadah setelah tamat persekolahan tkt 5.

Corporal punishment, memang tidak wajar dilakukan oleh guru....tetapi tahap perangai manusia ini sentiasa berlegar2 antara insan dan haiwan....cara berhemah, berhikmah wajar dilaksana utk kesalahan2 insan.....bagi kesalahan2 haiwan....cara hukuman lebih keras sedikit perlu untuk menjinakkannya!


Friday, February 14, 2014

Say "Hello"!





It is very common in France when the word 'Bonjour' (generally as 'Hello' in french) is said by the bus driver, the salesperson, or anyone who give services to their client . It shows respect and grateful to the person using their service. And if they don't start it first, their clients will say it without hesitation.

This is not yet the case in Malaysia.

So why don't we try to make it a culture? Say your salam when buying a KTM/LRT ticket or when getting that yummy Zinger Burger at KFC or when you passing through a PLUS toll. It doesn't cost you a cent at all.

Isn't "Assalamualaikum" has a wonderful meaning that we should say it often?

(Pic credit to evacomics)