Tuesday, March 27, 2018

Shadow Vehicle


Kerja2 ini dinamakan Shadow Vehicle.

Selama ni tgk kejadian dalam media massa je. Harini berlaku pada dri sndri di lebuhraya PLUS arah selatan. Ramai yg tertnya2 apa dorg buat, ada jgk yg rem2 kereta marahkan org plus. Tak paham eh apa keja dorang? Nah penerangan tentang kejadian tersebut..

Pernahkah anda mengalami atau terlihat situasi seperti gambar dan video ini ketika menggunakan lebuhraya PLUS?

Kerja² penutupan kesemua lorong ini dinamakan 'SHADOW VEHICLE'. Ini adalah SOP keselamatan terbaru di lebuhraya PLUS, ia dilakukan untuk mengurangkan kelajuan kenderaan dilokasi dan bertujuan untuk melindungi pekerja/petugas lebuhraya dengan pengguna lebuhraya dari terlibat kemalangan semasa kerja2 selenggara lebuhraya dilakukan.

Kenderaan (SV) Shadow Vehicle ini akan masuk ke setiap lorong di lebuhraya secara berperingkat bermula dari lorong kiri hingga ke lorong kanan sehingga kenderaan SV berada disetiap lorong, petugas SV ini akan memperlahankan kenderaan mereka secara berperingkat sehingga hampir 10-20km/j dan kadangkala akan berhenti diatas lebuhraya. Pengguna lebuhraya yang berada dibelakang kenderaan SV ini harus memperlahankan kenderaan mengikut kelajuan SV dan pastikan jarak selamat 50Meter dari kenderaan SV.

Situasi ini hanya mengambil masa dari 5 hingga ke 10 minit. Ketika SV ini berlangsung, terdapat pekerja/petugas lebuhraya dihadapan sana 200-300meter dari anda sedang melakukan Kerja² seperti mengalihkan/membuang objek serpihan tayar/kayu/besi/bangkai haiwan/dll yg berada di atas lebuhraya, menampal lubang (pothole) atau penutupan lorong untuk kerja2 selenggara.

Memandangkan lebuhraya PLUS mempunyai antara 3 hingga 7 lorong di sesetengah tempat, ini mustahil untuk petugas/pekerja lebuhraya melakukan kerja2 menyelenggara seperti diatas dalam keadaan trafik yang tinggi. Telah terdapat beberapa kes yg melibatkan petugas/peronda/pekerja lebuhraya yang maut dirempuh ketika melakukan kerja² selenggara. Dengan kaedah ini, kemalangan melibatkan pekerja dengan pengguna lebuhraya dapat dikurangkan.

Diharap anda semua dapat bersabar demi keselesaan dan keselamatan kita semua.

Dengan sedikit penerangan ini harap terjawab sudah pada mereka yg tertanya dan yg pernah mengalami situasi ini. Untuk lebih maklumat mengenai SV, anda boleh terus berhubung dengan PLUS.

Kredit : Mat Isa Muhamad Nor

No comments:

Post a Comment