Ketika Memulakan Kerja
bacalah
ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan
ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada di dalam tubuh kita
dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing
kepanasan.
Sebelum Masuk Ke Rumah
Sebelum
anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali). Masuklah
rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca Bismillah. Berilah salam
kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam
kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah
bersolat kerana Salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir
solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat
memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam
tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam
yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
Ketika Sakit
Sabda
Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas
sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk
di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para
malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul
mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul
Qurthuby.
Khatam al-Quran
Rasulullah
SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: "Siapakah antara
kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada
seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah
mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu
cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya.
Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali
(yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu.
Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW
menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca
surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juz kitab
Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali
qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juz Al-Quran.
Pahala Membacanya
Berkata
Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Ketika saya
(Rasulullah SAW) Israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas
360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah
300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang
Sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas
dari timur hingga ke barat.
Pada setiap padang Sahara itu terdapat
80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah
mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka :
"Wahai
Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan
kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun
perempuan."
Sabda Rasulullah SAW lagi : Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya,
• Qul Huwallahu Ahad itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s,
• Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s,
• Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s,
• Walam yakullahu kufuwan ahad tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.
No comments:
Post a Comment