Friday, March 30, 2018

DOULA di Malaysia


DOULA.. 
Tulisan: Zamzilah Fairuz 

Zaman fitnah benda simple pun jadi tak simple..
Doula adalah Doula bukan Bidan bukan Doctor..noktah.

Someone who gives emotional and physical support to mothers throughout pregnancy, labor and birth TIDAK sama sekali menyambut kelahiran..sama ada adanya Bidan Professional mahupun Doctor kerja Doula hanya memberi sokongan emosi dan fizikal kepada si ibu tidak lebih.

Hanya ada berapa kerat cerfitified Doula di Malaysia.. yang aktif tak sampai 10 orang pun, medical doctor pun ada.

Certification kami diiktiraf worldwide, bukan di Malaysia saja..di Singapore dan Indonesia pun banyak yang gunakan khidmat Doula untuk membantu menyenangkan proses kelahiran, bukan menyambut kelahiran..beza tu. 


Tak ada bezanya Doula di Malaysia dan luar negara..certification kami semua bukan local.
Orang di US dan UK pun ambil certification sama..tak caya pi check website nya πŸ˜‰

Di Singapore even government hospitals ada khidmat Doula.. jangan tanya bila Malaysia nak ada,jangkaan 100tahun lagi pun belum tentu tengok mentalitinya.



Tuesday, March 27, 2018

Shadow Vehicle


Kerja2 ini dinamakan Shadow Vehicle.

Selama ni tgk kejadian dalam media massa je. Harini berlaku pada dri sndri di lebuhraya PLUS arah selatan. Ramai yg tertnya2 apa dorg buat, ada jgk yg rem2 kereta marahkan org plus. Tak paham eh apa keja dorang? Nah penerangan tentang kejadian tersebut..

Pernahkah anda mengalami atau terlihat situasi seperti gambar dan video ini ketika menggunakan lebuhraya PLUS?

Kerja² penutupan kesemua lorong ini dinamakan 'SHADOW VEHICLE'. Ini adalah SOP keselamatan terbaru di lebuhraya PLUS, ia dilakukan untuk mengurangkan kelajuan kenderaan dilokasi dan bertujuan untuk melindungi pekerja/petugas lebuhraya dengan pengguna lebuhraya dari terlibat kemalangan semasa kerja2 selenggara lebuhraya dilakukan.

Kenderaan (SV) Shadow Vehicle ini akan masuk ke setiap lorong di lebuhraya secara berperingkat bermula dari lorong kiri hingga ke lorong kanan sehingga kenderaan SV berada disetiap lorong, petugas SV ini akan memperlahankan kenderaan mereka secara berperingkat sehingga hampir 10-20km/j dan kadangkala akan berhenti diatas lebuhraya. Pengguna lebuhraya yang berada dibelakang kenderaan SV ini harus memperlahankan kenderaan mengikut kelajuan SV dan pastikan jarak selamat 50Meter dari kenderaan SV.

Situasi ini hanya mengambil masa dari 5 hingga ke 10 minit. Ketika SV ini berlangsung, terdapat pekerja/petugas lebuhraya dihadapan sana 200-300meter dari anda sedang melakukan Kerja² seperti mengalihkan/membuang objek serpihan tayar/kayu/besi/bangkai haiwan/dll yg berada di atas lebuhraya, menampal lubang (pothole) atau penutupan lorong untuk kerja2 selenggara.

Memandangkan lebuhraya PLUS mempunyai antara 3 hingga 7 lorong di sesetengah tempat, ini mustahil untuk petugas/pekerja lebuhraya melakukan kerja2 menyelenggara seperti diatas dalam keadaan trafik yang tinggi. Telah terdapat beberapa kes yg melibatkan petugas/peronda/pekerja lebuhraya yang maut dirempuh ketika melakukan kerja² selenggara. Dengan kaedah ini, kemalangan melibatkan pekerja dengan pengguna lebuhraya dapat dikurangkan.

Diharap anda semua dapat bersabar demi keselesaan dan keselamatan kita semua.

Dengan sedikit penerangan ini harap terjawab sudah pada mereka yg tertanya dan yg pernah mengalami situasi ini. Untuk lebih maklumat mengenai SV, anda boleh terus berhubung dengan PLUS.

Kredit : Mat Isa Muhamad Nor

Tuesday, March 20, 2018

UNDANG UNDANG PELIK KWSP

UNDANG UNDANG PELIK KWSP

Pertahankan  HAK anda dan masa depan anak anak anda.

Baru baru ini saya pergi ke KWSP untuk mendaftarkan nama anak anak saya sekiranya saya dijemput kembali ke rahmatullah, maka mereka ada jaminan utk terus hidup.

Betapa terkejutnya saya bila dimaklumkan semua anak saya boleh didaftarkan sebagai pewaris tetapi tidak berhak menuntut wang caruman saya.

Pertama. Saya bertanya lanjut, dan pegawai bertugas menegaskan hanya anak anak berusia 18 tahun keatas sahaja layak megambil caruman.  Kalau nak namakan juga anak dibawah 18 tahun, mereka tak layak mengeluarkan caruman itu, tetapi tempoh mengeluarkannya hanya selama 12 bulan dari tarikh kematian..dgn kata lain bahagian anak yang bawah 18 tahun akan terbatal selepas tidak dikeluarkan dalam masa setahun.

Kedua, selepas kematian, tarikh tuntuntan mestilah dalam masa setahun, sekiranya tidak dituntut wang pendeposit akan ditahan dibawah amanah raya. Dah kata anak saya baru umur 6&8 tahun, pewaris yang boleh menuntut umur 18 tahun keatas, nampak tak secara halus menafikan hak anak saya sebagai pewaris?

Saya bagi soalan kepada pegawai itu. Kalau saya mati..dan isteri saya ditakdirkan mati bersama..konon lah sehidup dua dua mati. Anak anak saya masih kecil..apakah mereka tidak layak menerima wang simpanan saya?.

Jawab pegawai..masih layak..tapi kena tunggu usia 18 tahun baru boleh ambil. Sekarang umur 6&8 tahun terpaksa mengemis dulu sampai umur 18 tahun? Tengok bagaimana kebodohan melampau sistem ini??

Saya tanya lagi. Kalau sekarang usia mereka 8 dan 6 tahun tak layak mengeluarkan caruman sebagai pewaris. Dan saya dan isteri mati serentak..apa sumber kewangan untuk mereka terus hidup sedangkan caruman saya ditahan dan dibekukan oleh kerajaan sehingga mereka usia mereka 18tahun kelak?

Pegawai itu terdiam.

Soalan saya seterusnya..apakah pihak KWSP akan inform anak anak saya tepat ketika usia mereka 18 tahun nanti untuk memberitahu wang telah boleh diambil?

Sekali lagi pegawai itu terdiam.

Soalan saya seterusnya. Andai pewaris saya tidak ada data lengkap dan pihak KWSP gagal  menghubungi mereka, apakah duit simpanan saya akan lesap?

Tidak. Wang itu hanya dibekukan :
Wang itu akan dibekukan didalam tabung amanah raya.

Soalan berikutnya : saya simpan dalam KWSP secara force statutory; selepas amanah raya mengambil dan membekukan wang  saya, SEBENARNYA WANG ITU DIGUNAKAN UNTUK PELABURAN ATAU INVESTMENT, SELAIN TIDAK MENDAPAT SEBARANG FAEDAH SEBAGAI SHARE HOLDER MALAH SEBALIK NYA DI CHARGE PULA 4% UNTUK KOS PENYELENGARAAN AMANAH RAYA. ANDA AMBIL DUIT SAYA..ANDA LABUR DAN SAYA KENA BAYAR PULA KOS PENYIMPANAN ?? SEPATUTNYA BUKAN SAYA ATAU PEWARIS KENA BAYAR. ANDA YANG KENA BAYAR SHARE PROFIT KEPADA PEWARIS? KENA DI PIHAK SAYA DI KENAKAN DOUBLE CHARGE. ANDA SUDAH BUAT DOUBLE SIDE INCOME DAN BERHARAP CHARGE 4% terkumpul akhirnya caruman itu akan berjumlah kosong. Anda hanya perlu beri kertas kosong dan menunujjk kan baki simpanan kosong kepada pewaris saya kelak.

Saya tanya lagi, apakah tuan pasti wang itu dibekukan atau digubal menjadi wang perbelanjaan kerajaan?

Dia menjawab saya tidak pasti.

Baik lah anda sudah menjawab semua soalan saya dan saya jelas apa motif kerajaan sebenarnya..

MENJADI TANDATANYA SAYA SAMPAI KE HARI INI. KALAU PEWARIS SAYA TIDAK BOLEH MEBGELUARKAN WANG CARUMAN SEBELUM UMUR 18 TAHUN SAYA FIKIR TAKUT DISALAH GUNAKAN TETAPI DUIT.ITU DIBELANJA SEWENANG WENANGNYA OLRH KERAJAAN..WAJARKAH??



Saturday, March 17, 2018

Ringkasan Seminar Keluarga Sunnah

Beberapa point penting daripada 4 tokoh (Ustaz Ebit Lew, Ustazah Fatima Syarha, Ustaz Pahrol dan Ustaz Hariyanto) di Seminar Keluarga Sunnah di Matrade KL.

πŸ”΄ Jaga solat awal waktu, PASTI keluarga akan bahagia. Beza orang yang sekadar solat dengan orang yang solat di awal waktu, ibarat langit dan bumi. Jauh bezanya. Dan Allah akan hujani rezeki pada rumah orang-orang yang jaga solat di awal waktu.

πŸ”΄ Wujudkan ta'lim dalam rumah sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Ta'lim adalah sesi berkumpul sekeluarga dan bercerita tentang Allah, kisah nabi, tafsir quran, atau hadis2. Jadikan rumah kita sebahagian dari taman syurga.

πŸ”΄ Wujudkan 3 waktu ini dalam keluarga, sekurang-kurangnya sekali sehari: Solat berjemaah, Makan berjemaah, dan Bercerita/berbual.Dan dalam ketiga-tiga waktu ini, haramkan handphone dan TV.

πŸ”΄ Menguap atau melihat handphone ketika pasangan atau anak-anak sedang bercerita, adalah akhlak yang sangat buruk.

πŸ”΄ Sebut nama pasangan dan anak-anak dalam doa selepas solat, setiap hari.

πŸ”΄ Banyakkan menyebut "ya arhamar rahimin" (Yang Maha Pengasih dan Penyayang). Supaya setiap anggota keluarga kita juga sentiasa ada dua sifat itu-- penyayang dan pengasih.

πŸ”΄ Hindari sikap MALAS. Buang perkataan MALAS dalam kamus hidup. Allah benci orang yang malas, Allah menyempitkan rezeki orang yang malas. Kurangkan tidur, kurangkan makan, kurangkan social media, kurangkan berhibur. Kerana itu punca malas.

πŸ”΄ Tanda Allah sayang keluarga kita ialah bila setiap ahli keluarga mampu berlembut dan bertoleransi sesama sendiri. Kalau kita masih berkasar, kerap bertelingkah, kuat merajuk, pentingkan diri sendiri, maksudnya keluarga kita masih jauh dari Allah.

πŸ”΄ Orang yang paling kaya dan bahagia adalah orang yang kenal Allah, percaya Allah, RASA Allah sentiasa melihat, dan yakin setiap musibah dan nikmat itu adalah kerana kasih sayang Allah.

πŸ”΄ Apa ciri-ciri rumah yang Allah suka? Rumah yang sentiasa bersedia menyambut Rasulullah saw sebagai tetamu. Bayangkan Rasulullah nak datang rumah kita petang ni. Adakah kita akan malu atau mengelak? Adakah kita akan sorokkan mana2 majalah, DVD, frame gambar? Adakah kita akan hulurkan Quran yang berhabuk (dah lama tak baca) kepada Rasulullah? Atau adakah kita dalam keadaan yang sentiasa bersedia untuk menyambut Rasulullah, dan yakin baginda akan suka berkunjung ke rumah kita? Tepuk dada.

πŸ”΄ Nafkah wajib seorang suami kepada isterinya ada 3: Tempat tinggal, Makanan, Pakaian. Suami isteri yang tinggal di rumah mak atau mak mertua atas sebarang sebab, bermaksud suami belum menyempurnakan nafkah tempat tinggal. Tapi kalau tiada pilihan, suami tetap perlu beri bayaran sewa (atau sumbangan setimpal) kepada tuan rumah, bagi menyempurnakan nafkah tersebut. Ini kewajipan. Dan kalau tak ditunaikan, suami akan menanggung dosanya, dan boleh jadi asbab rezeki keluarga sempit dan rumahtangga tak bahagia.

πŸ”΄ Rasulullah saw tak pernah merungut apabila makanan yang disediakan isterinya tak sedap, kekurangan pada sikap/layanan isterinya, kenakalan anak-anak, sikap ego orang tua, rajuk/cemburu isterinya, atau sebarang kesusahan dalam rumahtangga. Rasulullah tak pernah merungut. Kerana merungut adalah salah satu tanda hati telah hitam.

πŸ”΄ Macam mana nak bersihkan hati yang hitam? Rajin basuh toilet, bersihkan rumah. Kerja-kerja "kotor" sebegini akan membersihkan hati dan menundukkan jiwa. Sambil bersihkan tandas, repeat dalam hati--
"Rajiah, kau bukan siapa-siapa, kau takde apa-apa, kau tak pernah buat apa-apa. Semua kebaikan yang ada pada kau, adalah kuasa dan pertolongan Allah semata-mata." 😭

πŸ”΄ Setiap kali kita nampak keburukan atau kekurangan pada pasangan dan anak-anak--
SABAR. Betulkan diri sendiri dulu.

Kadang2 kekurangan itu bukan pada pasangan atau anak-anak, tapi pada diri sendiri yang gagal bersyukur, gagal mendidik dan gagal menjadi contoh yang baik. Orang yang betul2 yakin dengan Allah, tak pernah pandang rendah pada orang lain, termasuk dirinya sendiri.

πŸ”΄ Setiap kali buat kebaikan, jangan harapkan pujian daripada pasangan, tapi harapkan Allah pandang dan Allah sayang. Sebab bila Allah sayang, automatik seluruh makhlukNya sayang pada kita.

πŸ”΄ Kekalkan mawaddah (romantik) dalam rumahtangga. Jalan pegang tangan, baring atas riba pasangan, peluk pasangan, pandang wajah pasangan dengan rasa cinta. Biarpun di hadapan anak-anak.

πŸ”΄ Ringankan mulut untuk ucapkan kata cinta, kata penghargaan, pujian dan dorongan kepada pasangan dan anak-anak setiap hari. Itu akan melembutkan hati dan mengeratkan hubungan. .

πŸ”΄ Rasulullah saw tak pernah pukul/rotan/kurung/ikat/meninggikan suara kepada pasangan dan anak-anak. Baginda bijak menggunakan kemahiran komunikasi dan tutur kata yang berhemah untuk selesaikan sebarang konflik dan stress. Kekerasan dan kekasaran fizikal hanya akan mengeraskan hati dan menjarakkan hubungan.

πŸ”΄ Cara hidup kita menentukan cara mati kita. Dan cara mati kita menentukan cara kita dibangkitkan semula nanti. So kalau nak kesudahan yang baik, betulkan cara hidup bermula sekarang!

πŸ”΄ Sentiasa buat kebaikan, walaupun kepada pasangan yang tak pandai menghargai, pasangan yang ego, pasangan yang jahil, pasangan yang tak membalas kebaikan tersebut. Kerana setiap kebaikan yang kita buat, pasti akan dibalas oleh Allah. Buat baik, sebab nak Allah sayang, bukan sebab nak pasangan sayang. Ingat, tiada satu pun kebaikan yang sia-sia!

πŸ”΄ Rumahtangga yang sejahtera adalah salah satu syurga dunia. Sesiapa yang tak berusaha untuk capai syurga dunia, tak akan mampu beroleh syurga di akhirat nanti. Maka penting untuk kita berusaha capai keluarga sejahtera, sebelum mati.

πŸ”΄ Suami yang rajin tolong basuh pinggan, bukan suami dayus. Suami yang rajin tolong sidai baju, bukan suami dayus. Suami yang tolong mandikan anak-anak, bukan suami dayus. Suami yang patuh cakap isterinya, bukan suami dayus. Tapi suami dayus, adalah suami yang tak mampu membimbing isterinya ke jalan Allah, tak mampu menjaga aurat isterinya, tak mampu membentengi isterinya dari azab api neraka.

πŸ”΄ Rumahtangga yang sentiasa ada solat dan zikir di dalamnya, pasti akan tenang dan bahagia.

πŸ”΄ Jarak sesuatu masalah dengan penyelesaiannya, ibarat jarak dahi dengan tempat sujud. Apa pun konflik dalam rumahtangga, kembali pada Allah.

πŸ”΄ Kualiti sesebuah keluarga terletak pada kualiti solat anggotanya.

πŸ”΄ Sentiasa bersedekah sesama anggota keluarga. Kerana sedekah itu lebih tajam daripada doa.

πŸ”΄ Keluarga adalah asas hidup. Kalau keluarga sejahtera, seluruh perjalanan hidup akan mudah.

πŸ”΄ Seorang suami perlu ada sifat "ghirrah". Ghirrah bermaksud cemburu. Cemburu yang bertujuan untuk memelihara kehormatan isteri dan menghindar isteri daripada maksiat dan dosa. Contoh, kalau isteri nak keluar dengan kawan2, suami boleh izinkan. Dengan syarat, auratnya terpelihara, pergaulannya terjaga.

πŸ”΄ Doa bila rumahtangga dilanda badai atau musibah:
Surah At-Taubah, ayat 128-129.
Ini doa favourite Rasulullah saw.

πŸ”΄ Doa supaya satu keluarga sentiasa jaga solat:
Surah Ibrahim, ayat 40.

πŸ”΄ Doa supaya Allah sentiasa pelihara ibu bapa kita, dan jadikan anak-anak kita taat:
Surah Al-Ahqaf, ayat 15.

πŸ”΄ Doa memohon zuriat, dan agar Allah sentiasa beri kesabaran ketika belum ada zuriat:
Surah Maryam, ayat 1-10.



Wednesday, March 14, 2018

BOLEH KE KITA BUNUH PEROMPAK YANG CUBA MEROMPAK KITA?

BOLEH KE KITA BUNUH PEROMPAK YANG CUBA MEROMPAK KITA? YA MEMANG BOLEH!

Hak pertahanan peribadi (right to self defence) atau hak membela diri dari ancaman penjenayah memang wujud di dalam Kanun Keseksaan. Prinsip ini terkandung dalam seksyen 96 Kanun Keseksaan kita. Maksud pertahanan peribadi dinyatakan lagi dalam bahagian 97 yang menyatakan bahawa setiap orang berhak kepada 2 bentuk pembelaan; (a) hak untuk melindungi diri sendiri dan orang lain dari bahaya fizikal (b) hak untuk melindungi harta benda daripada bahaya.

Seksyen 100 Kanun Keseksaan menyatakan bahawa dalam melakukan pembelaan diri, seseorang boleh bertindak balas sehingga menyebabkan kematian kepada penyerang apabila ia melibatkan;

(a) ketakutan kematian
(b) ketakutan luka parah
(c) niat untuk merogol
(d) berniat memuaskan nafsu yang tidak wajar
(e) niat untuk menculik atau menculik
(f) niat untuk mengurung secara salah

Dalam erti kata lain, jika anda diancam oleh penjenayah yang ingin melakukan perkara (a) hingga (f) di atas, anda boleh membela diri sehingga membunuh penyerang tersebut. Selain dari ancaman-ancaman di atas, anda tidak boleh membela diri anda sehingga menyebabkan kematian kepada penyerang.

Kes yang sangat popular apabila mengupas tentang isu ini adalah kes PP vs Dato’ Balwant Singh. Dalam kes tersebut, Dato’ Balwant telah di kepung oleh sekumpulan samseng jalanan. Dato’ Balwant mempunyai pistol dan telah melepaskan tembakan ke udara untuk memberi amaran kepada penyerang-penyerangnya.

Namun walaupun selepas tembakan dilepaskan, penyerang beliau masih tidak lari dan menuju ke arah Dato’ Balwant dengan memegang kayu yang besar. Maka Dato’ Balwant menembak mati penyerangnya. Dato’ Balwant dituduh di mahkamah kerana membunuh.

Peguam Dato’ Balwant berhujah bahawa Dato’ Balwant berhak untuk menggunakan haknya membela diri kerana ancaman ke atas dirinya adalah jelas; beliau mungkin dipukul hingga mati atau cedera teruk jika beliau tidak menembak penyerangnya. Ini juga ditambah dengan faktor umur Dato’ Balwant yang sudah tua dan walaupun beliau telah melepaskan tembakan amaran, penyerang-penyerangnya tidak lari malah terus menuju ke arah Dato’ Balwant. Mahkamah menerima hujah tersebut dan Dato’ Balwant Singh dilepaskan.

ADAKAH KITA BOLEH MEMBUNUH PENJENAYAH DEMI MEMPERTAHANKAN ORANG LAIN?

Jawapannya boleh. Hak membela diri juga terpakai kepada orang ketiga. Contohnya dalam kes Wong Laii Fatt v PP, beliau telah menggunakan pisau dan menikam orang yang sedang merogol isterinya. Mahkamah membebaskan tertuduh dengan alasan bahawa tertuduh layak menggunakan hak membela diri dan membunuh orang yang sedang merogol isterinya.

JIKA RUMAH ANDA DIROMPAK, PECAH RUMAH PADA WAKTU MALAM, BOLEH KAH ANDA MEMBUNUH PEROMPAK TERSEBUT?

Jawapannya ya, boleh. Seksyen 103 menyatakan bahawa hak pertahanan peribadi ke atas harta malah boleh mengakibatkan kematian kepada penyerang anda jika kesalahan itu merupakan:-

(a) rompakan
(b) rumah yang dipecah pada waktu malam
(c) kerosakan oleh api
(d) kecurian, kerosakan atau rumah

Bagi (c) dan (d), anda hanya boleh membunuh penyerang anda jika ia melibatkan ancaman kematian atau kecederaan yang teruk, akibat daripada jika anda tidak menggunakan hak anda untuk membela diri.

Namun had anda untuk membela diri ada hadnya. Hak anda untuk membela diri hanya muncul apabila anda diserang pada waktu itu dan hak anda itu akan tamat apabila pencuri/perompak atau penyerang anda melarikan diri dari anda.

Jadi, adalah menjadi satu kesalahan jika anda mengejar penyerang anda dan membunuhnya kerana tempoh had masa anda untuk membela diri telah tamat. Kini anda pula dianggap sebagai penyerang kerana anda tidak lagi membela diri.

Dengan penjelasan ini kami berharap dapat memperbetulkan persepsi masyarakat terhadap undang-undang membela diri di Malaysia.

Like FB JUMPA KAT MAHKAMAH sekarang untuk informasi terkini berkaitan isu undang-undang. Untuk pertanyaan lanjut berkaitan undang-undang, hubungi www.wasap.my/601129464868

#JumpaKatMahkamah #SeeYouinCourtSayang #KnowYourRights #MalaysianLaw #Undang2u



Sunday, March 11, 2018

100 PERINTAH ALLAH DALAM QURAN

100 PERINTAH ALLAH DALAM QURAN UNTUK KEHIDUPAN MANUSIA SEHARI-HARI (Ulang kaji)

1. Jangan berkata kasar (QS 3 – Ali Imran : 159)

2. Tahanlah marah(QS 3 – Ali Imran : 134)

3. Berbaiklah kepada orang lain (QS 4 – An Nisaa’ : 36)

4. Jangan sombong dan bongkak(QS 7 – Al A’raaf : 13)

5. Maafkanlah kesalahan orang lain (QS 7 – Al A’raaf : 199)

6. Berbicaralah dengan nada halus dan bersopan (QS 20 – Thaahaa : 44)

7. Rendahkanlah suaramu (QS 31 - Luqman : 19)

8. Jangan mengejek orang lain (QS 49 – Al Hujuraat : 11)

9. Berbaktilah pada orang tua (ibu bapa) (QS 17 – Al Israa’ : 23)

10. Jangan mengeluarkan kata yang tidak menghormati orang tua ( ibu bapa) (QS 17 – Al Israa’ : 23)

11. Jangan memasuki bilik peribadi ibu bapa tanpa izin (QS 24 – An Nuur : 58)

12. Catatlah hutang-hutangmu (QS 2 – Al Baqarah : 282)

13. Jangan mengikuti orang secara membabi buta (QS 2 – Al Baqarah : 170)

14. Berikanlah lanjutan waktu bila orang yang berhutang kepadamu dalam kesempitan (QS 2 – Al Baqarah : 280)

15. Jangan makan riba’/membungakan wang (QS 2 – Al Baqarah : l

16. Jangan melakukan rasuah) (QS 2 – Al Baqarah : 188)

17. Jangan ingkar atau melanggar janji (QS 2 – Al Baqarah : 177)

18. Jagalah kepercayaan orang lain kepadamu (QS 2 – Al Baqarah : 283)

19. Jangan campur adukan kebenaran dengan kebohongan (QS 2 – Al Baqarah : 42)

20. Berlakulah adil terhadap semua orang (QS 4 – An Nisaa’ : 58)

21. Tegakkanlah keadilan dengan tegas (QS 4 – An Nisaa’ : 135)

22. Harta yang meninggal harus dibagikan kepada anggota keluarga (QS 4 – An Nisaa’ : 7)

23. Wanita memiliki hak waris (QS 4 – An Nisaa’ : 7)

24. Jangan memakan harta anak yatim (QS 4 – An Nisaa’ : 10)

25. Lindungi anak yatim (QS 2 – Al Baqarah : 220)

26. Jangan memboroskan harta dengan sewenang-wenangnya (QS 4 – An Nisaa’ : 29)

27. Damaikanlah orang yang berselisih (QS 49 – Al Hujuraat : 9)

28. Hindari perasangka buruk (QS 49 – Al Hujuraat : 12)

29. Jangan memfitnah orang (QS 2 – Al Baqarah : 283)

30. Jangan memfitnah orang (QS 49 – Al Hujuraat : 12)

31. Gunakan harta untuk kegiatan sosial (QS 57 – Al Hadid : 7)

32. Biasakan memberi makan orang miskin (QS 107 – Al Maa’uun : 3)

33. Bantulah orang fakir yang berada di jalan Allah (QS 2 – Al Baqarah : 273)

34. Jangan menghabiskan wang untuk bermegah-megah (QS 17 – Al Israa’ : 29)

35. Jangan menyebut-nyebut tentang sedekahmu (QS 2 – Al Baqarah : 264)

36. Hormatilah tetamu anda (QS 51 – Adz Dzaariyaat : 26)

37. Perintahkan kebajikan setelah kita melakukannya sendiri (QS 2 – Al Baqarah : 44)

38. Jangan berbuat kerosakan di muka bumi (QS 2 – Al Baqarah : 60)

39. Jangan menghalangi orang datang ke masjid (QS 2 – Al Baqarah : 114)

40. Perangilah mereka yang memerangi mu (QS 2 – Al Baqarah : 190)

41. Jagalah etika perang (QS 2 – Al Baqarah : 191)

42. Jangan lari dari peperangan (QS 8 – Al Anfaal : 15)

43. Tidak ada paksaan untuk memasuki agama (Islam) (QS 2 – Al Baqarah : 256)

44. Berimanlah kepada para Nabi (QS 2 – Al Baqarah : 285)

45. Jangan melakukan hubungan jenis di saat haid (QS 2 – Al Baqarah : 222)

46. Susuilah anak-anakmu selama dua tahun penuh (QS 2 – Al Baqarah : 233)

47. Jauhilah hubungan jenis di luar nikah (QS 17 – Al Israa’ : 32)

48. Pilihlah pemimpin dari meritnya. Pilihlah pemimpin berdasarkan ilmu dan jasanya (QS 2 – Al Baqarah : 247)

49. Jangan membebani orang di luar kesanggupannya (QS 2 – Al Baqarah : 286)

50. Jangan mahu dipecah belah (QS 3 – Ali Imran : 103)

51. Renungkanlah keajaiban dan penciptaan alam semesta ini (QS 3 – Ali Imran 3 :191)

52. Lelaki mahupun wanita mendapat balasan yang sama sesuai perbuatannya (QS 3 – Ali Imran : 195)

53. Jangan menikahi mereka yang sedarah denganmu (QS 4 – An Nisaa’ : 23)

54. Keluarga harus di-imami oleh seorang lelaki (QS 4 – An Nisaa’ : 34)

55. Jangan kedekut (QS 4 – An Nisaa’ : 37)

56. Jangan iri hati (QS 4 – An Nisaa’ : 54)

57. Jangan saling membunuh (QS 4 – An Nisaa’ : 92)

58. Jangan membela ketidakjujuran atau kebohongan (QS 4 – An Nisaa’ : 105)

59. Jangan bekerja-sama dalam dosa dan kekerasan (QS 5 – Al Maa-idah : 2)

60. Bekerja samalah dalam kebenaran (QS 5 – Al Maa-idah : 2)

61. Majoriti bukanlah merupakan kriteria kebenaran (QS 6 – Al An’aam : 116)

62. Berlaku adil (QS 5 – Al Maa-idah:8)

63. Berikan hukuman untuk setiap kejahatan (QS 5 – Al Maa-idah : 38)

64. Berjuanglah melawan perbuatan dosa dan melanggar hukum (QS 5 – Al Maa-idah : 63)

65. Dilarang memakan binatang mati, darah dan daging babi (QS 5 – Al Maa-idah : 3)

66. Hindari minum racun dan alkohol (QS 5 – Al Maa-idah : 90)

67. Jangan berjudi (QS 5 – Al Maa-idah : 90)

68. Jangan menghina keyakinan atau agama orang lain (QS 6 – Al An’aam : 108)

69. Jangan mengurangi timbangan untuk menipu (QS 6 – Al An’aam : 152)

70. Makan dan minumlah secukupnya (QS 7 – Al A’raaf : 31)

71. Kenakanlah pakaian yang bagus di saat solat (QS 7 – Al A’raaf : 31)

72. Lindungi dan bantulah mereka yang meminta perlindungan (QS 9 – At Taubah:6)

73. Jagalah kemurnian (QS 9 – At Taubah : 108)

74. Jangan pernah putus asa akan pertolongan Allah (QS 12 – Yusuf : 87)

75. Allah mengampuni orang yang berbuat dosa kerana kezahilan (QS 16 – An Nahl : 119)

76. Berserulah/ajaklah  kepada jalan Allah dengan cara yang baik dan bijaksana (QS 16 – An Nahl : 125)

77. Tidak ada seorangpun yang menanggung dosa orang lain (QS 17 – Al Israa’ : 15)

78. Jangan membunuh anak-anakmu kerana takut akan kemiskinan (QS 17 – Al Israa’ : 31)

79. Jangan mengikuti sesuatu yang kamu tidak memiliki pengetahuan tentangnya (QS 17 – Al Israa’ : 36)

80. Jauhkan diri dari perkataan dan perbuatan yang tidak bermanafaat (QS 23 – Al Mu’minuun : 3)

81. Jangan memasuki rumah orang lain tanpa izin pemilik rumah (QS 24 – An Nuur : 27)

82. Allah menjamin balasan kebaikan hanya kepada mereka yang percaya kepada Allah (QS 24 – An Nuur : 55)

83. Berjalanlah di muka bumi dengan rendah hati (QS 25 – Al Furqaan : 63)

84. Jangan melupakan kenikmatan dunia yang telah Allah berikan (QS 28 – Al Qashash : 77)

85. Jangan menyembah Tuhan selain Allah (QS 28 – Al Qashash:88)

86. Jangan terlibat dalam homosexual (QS 29 – Al ‘Ankabuut : 29)

87. Berbuat baik dan cegahlah perbuatan munkar (QS 31 - Luqman : 17)

88. Janganlah berjalan di muka bumi dengan sombong (QS 31 - Luqman : 18)

89. Wanita dilarang mempamerkan diri (QS 33 – Al Ahzab : 33)

90. Allah mengampuni semua dosa-dosa kita (QS 39 – Az Zumar : 53)

91. Jangan berputus asa akan keampunan dari Allah (QS 39 – Az Zumar : 53)

92. Balaslah kejahatan dengan kebaikan (QS 41 – Fushshilat : 34)

93. Selesaikan persoalan dengan bermusyawarah (QS 42 – Asy Syuura : 38)

94. Orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang bertaqwa (QS 49 – Al Hujuraat : 13)

95. Tidak ada dikenal biara dalam agama (Islam) (QS 57 – Al Hadid : 27)

96. Allah akan meninggikan darjat mereka yang berilmu (QS 58 – Al Mujaadilah : 11)

97. Perlakukan kaum bukan Islam dengan baik dan adil (QS 60 - Al Mumtahanah : 8)

98. Hindari diri dari sifat kikir (QS 64 – At Taghaabun : 16)

99. Mohon keampunan kepada Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (QS 73 – Al Muzzammil : 20)

100. Jangan mengherdik orang yang meminta-minta (QS 93 – Adh Dhuhaa : 10)



Thursday, March 8, 2018

Nasihat yg baik yang boleh dipraktikkan

Kepada  teman2 yg sudah mencapai umur 40an', 50an, 60+

Ini ada beberapa  nasihat yg baik yang boleh dipraktikkan.
Lakukannya demi kehidupan yang lebih bahagia.

nasihat pertama#

cubalah berurut urat saraf 7kali setahun untuk lancar perjlnan darah. walaupun ketika itu kita tidak mengalami kesakitan saraf.

nasihat kedua#

banyakkan minum air kosong kerana kebanyakan penyakit berpunca dari kurang air di dalam badan.

nasihat ketiga#

cuba bersenam walaupun hanya berjalan kaki menaiki tangga.

nasihat keempat#

kurangkan kuantiti makanan kerana makin banyak kita mengambil makanan maka kita akan makin cepat sakit.

nasihat kelima#

jauhi kemarahan atau kegusaran, belajarlah melupakan perkara yang remeh temeh.

nasihat keenam#

biarkan harta pula berbakti kepada kesenangan kita, sudah lama kita cari harta kini tiba masanya harta bersusah untuk kita.

nasihat ketujuh#

jangan memarahi atau berdendam dengan sesiapa, tempuhlah hidup ini dengan seadanya dan gembira.

nasihat kelapan#

banyakkan gurau senda dengan keluarga dan kenalan, kurangkan tekanan dan nikmatilah hidup dengan pergaulan.

nasihat kesembilan#

banyakkan masa untuk duduk dengan Allah kerana kita mula menuju kepada-Nya.

nasihat kesepuluh#

bersedekah,berzakat  dan berinfaqlah sebahagian harta kita ke jalan fisabillilah semoga saham2 ini membantu kita di akhirat kelak.In syaa Allah..

nasihat kesebelas#

makanlah makanan sunnah .Dengan usia dalam lingkungan  ini macam2 penyakit mengejut boleh datang.Ingatlah orang yang tersayang..Duit boleh dicari tapi tanpa kesihatan yang baik duit yang banyak tiada makna jua..



Monday, March 5, 2018

A few lessons life taught me



This is something we should all read at least once a week!!!!! Make sure you read to the end!!!!!!

Written by Regina Brett, 90 years old, of the Plain b Dealer, Cleveland , Ohio

To celebrate growing older, I once wrote few lessons life taught me. It is the most requested column I've ever written.

1. Life isn't fair, but it's still good.

2. When in doubt, just take the next small step.

3. Your job won't take care of you when you are sick. Your friends and family will.

4. You don't have to win every argument. Stay true to yourself.

5. Cry with someone. It's more healing than crying alone.

6. Make peace with your past so it won't mess up the present.

7. Don't compare your life to others.  You have no idea what their journey is all about.

8. Take a deep breath every now and then. It calms the mind.

9. 'Get rid of anything that isn't useful. Clutter weighs you down in many ways.

10. It's never too late to be happy. But it’s all up to you and no one else.

11. Burn the candles, use the nice sheets, wear the fancy clothes. Don't save it for a special occasion. Today is special.

12. No one is in charge of your happiness but you.

13. Forgive others and yourself.

14. What other people think of you is none of your business.

15. Time heals almost everything. Give time a little time.

16. However good or bad a situation is, it will change.

17. Don't take yourself so seriously. No one else does.

18. Believe in miracles.

19. God loves you because of who God is, not because of anything you did or didn't do.

20. Growing old Beats the alternative of dying young.

21. Your children get only one childhood.

22. All that truly matters in the end is that you loved.

23. Get outside every day. Miracles are waiting everywhere.

24. Envy is waste of time. Accept what you already have, not what you need.

25. The best is yet to come...

26. No matter how you feel, get up, dress up and show up.

27. Life isn't tied with a bow, but it's still a gift."



Friday, March 2, 2018

Keberkatan Surah Al-Ikhlas

Ketika Memulakan Kerja

bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada di dalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum Masuk Ke Rumah

Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali). Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca Bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana Salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Ketika Sakit

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby.

Khatam al-Quran

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: "Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juz kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juz Al-Quran.

Pahala Membacanya

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Ketika saya (Rasulullah SAW) Israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang Sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.
Pada setiap padang Sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka :
"Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan."

Sabda Rasulullah SAW lagi : Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya,
• Qul Huwallahu Ahad itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s,
• Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s,
• Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s,
• Walam yakullahu kufuwan ahad tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.