Usianya saya anggarkan tidak lebih 9 tahun. Saya menamakan dia 'Iman'. Tatkala ditemui, dia mundar-mandir seorang diri di stesyen
minyak. Tangannya menggenggam erat botol jel panas, produk keluaran SM
Amin bersama resit Pusat Tahfiz Amal, PTA beroperasi di Kedah.
Siapakah tidak belas melihat Iman? Dia terpaksa berdiri lebih 8 jam
sehari, menunggu sebilangan individu bersimpati lalu membeli produk
dijualnya. Iman dihantar ke stesyen minyak oleh individu dipanggil
'ustaz'. Ustaz kemudian meninggalkan Iman di lokasi itu sendirian
sehingga malam melebarkan sayapnya. Menjelang jam 12, Iman dijemput
pulang menaiki kereta dan dibawa ke rumah transit PTA. Iman bukan
satu-satunya mangsa diperhambakan, ratusan lagi remaja seusia dengannya
terpaksa menempuh pengalaman menyeksakan itu.
Iman tidak mampu
membantah. Dia hanya menuruti kehendak pengurusan PTA kerana PTA
berjanji kepada ayah dan ibu hidup susah untuk memberikan Iman
pendidikan agama percuma. Iman sepatutnya menghafaz Al-Quran di Kedah
tetapi kelasnya kosong kerana rakan lain juga senasib dengannya. Dikerah
oleh pihak pengurusan PTA menjual produk keluaran jutawan juga BEKAS
KETUA AJARAN SESAT, SM Amin di seluruh Malaysia.
Klik capaian di bawah.
http://www.mazidulakmal.com/…/perhambaan-remaja-pusat-tahfi…
"Kalau jel ini tidak dibeli, bagaimana? Apakah terjadi?," soal saya.
"Nanti ustaz marah," jawabnya dengan wajah kepenatan.
Iman takut tetapi tiada siapa mampu menghulurkan bantuan kepadanya.
Iman bersendirian biarpun dikelilingi oleh ratusan pelanggan berkunjung
ke stesyen minyak terbabit.
Apakah daya Iman untuk membebaskan
dirinya dari belenggu perhambaan nyata di mata manusia? Dia tidak
berdaya menyanggah suruhan individu kebal dari tindakan undang-undang.
Iman tidak pernah mengenali Akta Kanak-Kanak 2001. Dia juga tidak pernah
didedahkan dengan Akta Pemerdagangan Orang 2007. Iman didoktrinkan agar
mematuhi arahan, mengutip derma kononnya untuk membiayai kos operasi
PTA, tanpa sebarang bantahan.
Dijangka, RM15,000 dikutip oleh
ratusan pelajar seperti Iman setiap hari di seluruh negara. Pelajar
diperkudakan oleh PTA. Dalam tempoh sebulan, PTA dianggarkan meraih
RM450,000. Poket seluar siapakah semakin kembung? Wang di akaun bank
siapakah semakin bertambah? Iman sendiri tidak mampu menjawab soalan
itu.
http://www.mazidulakmal.com/…/mukhriz-mahathir-sila-kotakan…
SHARE kisah Iman, biar menjadi VIRAL.
Itu kaedah dipilih oleh pihak berkuasa sebelum melaksanakan tindakan sewajarnya.
No comments:
Post a Comment