Friday, November 7, 2014

Cadangan: Masjid


Masjid!

Cadangan saya:

1. Setiap masjid menyediakan bantuan mininum kepada yg memerlukan. Tanpa label dan prejudis. Kat masjid org blh mintak bantuan tanpa dimalukan. Maknanya kalau tak ada susu anak atau duit nak makan, blh pergi masjid. 

2. Masjid jadi tempat mesra kanak2. Ada pertandingan melukis, bersukan dan sebagainya

3. Masjid jadi tempat budak2 muda tuntut ilmu mcm ilmu komunikasi, critical thinking, perniagaan, motivasi dll. Selain dari belajar ilmu agama

4. Masjid mengupah tok imam yg blh berkomunikasi ngan org muda. Bukan imam yg cengih dan garang tak tentu arah

5. Masjid peruntukan kawasan ada pasaraya murah lagi pd 1Malaysia. Barangan kat situ murah tapi ada kualiti. Org miskin blh dpt diskaun.

6. Setiap hjg minggu ada kelas memasak makanan sihat, kelas senaman utk lelaki2 yg terlebih lemak dan ada aktiviti kanak2. Makanya satu family blh dtg masjid.

7. Ada org yg pandai cakap org putih kat masjid. Jadi banyak bangsa blh datang lawat masjid dan faham tentang Islam

8. Ada jawatankuasa lawat org sakit dari masjid. Bila ada org masuk hospital, jawatankuasa lawat kat rumah dan hospital utk lihat bantuan

9. Hari Jumaat, ada ustazah blh bukak kelas bercerita utk kanak2 yg berminat dengar. Makanya ayah gi solat, anak2 dengar cerita mengenai pahlawan Islam atau cerita Nabi atau sebagainya

10. Kelas memanah percuma di masjid. Generasi 5 tahun lagi akan pandai memanah.

11. Kelas tuition percuma kat masjid. Blh belajar bahasa arab, mandarin, tamil, english dan sebagainya

12. Ada seminar ibubapa utk mak bapak yg makin hilang pedoman ni. Biar mak bapak dulu yg jadi soleh dan solehah sebelum nak kan anak yg soleh dan solehah

13. Masjid bagi bfast, lunch dan dinner utk golongan gelandangan tanpa mengira bangsa dan agama. Yg bg makanan tu pulak latih banyakkan senyum. Muka yg ketat tu suruh jaga mahkamah.

14. Kat tempat wuduk letak skrin yg ajar cara amik wuduk. Taklah air sampai sebaldi habis utk sorang aje amik wuduk. Buruk betul laku org ni

15. Masjid buat banyak kempen. Cthnya kurangkan plastik bag, makan buah2an, bersenam 3 kali seminggu, makanan sihat, tutup aurat, sayangi binatang dan sebagainya


Oleh Projek KASEH4U

No comments:

Post a Comment