Wednesday, November 12, 2014

9 PERKARA YANG MEROSAKKAN OTAK






9 PERKARA YANG MEROSAKKAN OTAK

1. TIDAK MENGAMBIL SARAPAN PAGI.
Otak merupakan organ yang paling banyak menggunakan tenaga, iaitu sebanyak 25% daripada keperluan tenaga badan. Tidak mengambil sarapan pagi menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak. banyak sel-sel otak akan menjadi kurang aktif pada hari tersebut.

2. TERLEBIH MAKAN.
Tidak bermakna makan berlebihan menyebabkan otak menjadi semakin baik. Makan berlebihan menyebabkan banyak darah dialirkan kepada perut dan usus untuk tujuan pencernaan, menyebabkan kekurangan darah yang sampai kepada otak. ini mengakibatkan mengantuk, malas dan hilang daya fokus.

3. MEROKOK
Asap rokok sangat merbahaya kerana mengandungi pelbagai racun dan boleh membunuh sel-sel otak.

4. MENGAMBIL GULA YANG BERLEBIHAN.
Gula yang berlebihan dalam badan boleh mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. MENGHIDU UDARA YANG TERCEMAR.
Otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Menghidu udara tercemar menyebabkan kerosakan sel-sel otak. Berkawan dengan perokok juga mendedahkan kita kepada asap rokok yang sangat merbahaya kepada otak.

6. TIDUR YANG BERLEBIHAN.
Tidur adalah baik untuk kesihatan otak kita. Namun tidur yang berlebihan menyebabkan otak kurang aktif dan melemahkan daya berfikir seseorang.

7. TIDUR DENGAN MENUTUP MUKA.
Tidur sambil meniarap, menekup muka dengan bantal atau menutup muka dengan buku atau lengan boleh menyebabkan banyak gas karbon dioksida terperangkap dan disedut semula semasa bernafas. Ini boleh menyebabkan otak kekurangan oksigen.

8. KURANG BERIMAGINASI.
Berimaginasi merupakan satu cara yang baik untuk mengasah otak kita. Kurang berimaginasi menyebabkan tahap kecerdasan otak menurun.

9. JARANG BERFIKIR.
Jarang berfikir menyebabkan otak kita menjadi lembab dan kurang aktif. Maka, selalu berfikir akan melatih otak kita bekerja dan meningkatkan keupayaan otak kita.

✔ ✔ ✔ PENTING: BANYAKKAN LATIHAN MATEMATIK.
Melakukan senaman adalah cara untuk menguatkan otot anggota badan. Bagi otak, melakukan latihan matematik adalah cara berkesan untuk melatih otak. Perlu diingat bahawa asas matematik adalah menguasai sifir. TERBUKTI pelajar yang pandai matematik adalah pelajar pintar kerana secara tidak langsung menguasai subjek-subjek lain juga.

No comments:

Post a Comment