Tuesday, September 23, 2014

Mohd Izhar seorang asnaf LZS dari Johan Setia, Klang



Mohd Izhar seorang asnaf  LZS dari Johan Setia, Klang dan merupakan seorang OKU. Hilang kaki sejak 26 tahun lepas akibat digilis kereta api. Beliau dan isteri yang juga merupakan seorang OKU mengusahakan perusahaan air soya untuk meneruskan kelangsungan hidup dan menanggung tujuh orang anak yang masih belajar.

Beliau berniaga air soya di Pasar Tani Mega, Shah Alam dan pasar malam di Andalas, Bayu Perdana serta Jalan Kebun. Selain daripada berniaga air soya beliau juga pakar dalam membaik pulih anggota palsu, kerusi roda dan ubah suai kenderaan untuk kegunaan OKU.

Kepada sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan air soya, tau fu fa, baik pulih anggota palsu dan ubah suai kenderaan untuk OKU boleh menghubungi beliau di talian 0173215241.

NOTA: Mohd Izhar juga merupakan bekas atlet paralimpik negara dalam sukan memanah. Pernah mewakili negara dalam pelbagai temasya sukan paralimpik di dalam dan luar negara.
 
 
 





No comments:

Post a Comment