Tuesday, November 9, 2010

Akademi Al-Qur’an Cinta Madinah

Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca coretan ini. Ini semua adalah kisah benar. 


Saya pernah mengislamkan seorang kawan yang beragama Kristian. Atas kelemahan saya, kini saya tak tahu dimana dia. Saya gagal menjaga kebajikannya. Pernah dia berhasrat untuk berniaga, tapi saya tak mampu nak menolong lantaran ekonomi tak mengizinkan. Benarlah kata seorang ustaz tu, dia telah mengislamkan ramai orang. Katanya, nak suruh orang masuk Islam mudah, tapi nak ikram (jaga) mereka payah. Kerana itu ramai yang kembali ke agama asal mereka kerana orang Islam entah di mana.

Seorang kawan baru masuk Islam, orang Sabah. Hidup dia susah. Untuk menampung perbelanjaan, dia berhasrat untuk berniaga Car Wash. Lebihkurang modal RM10 ribu. Maka dia telah di bawa ke Baitul Mal dan Pusat Zakat. Tahu apa mereka kata? Kamu asal Sabah ye, jadi kena buat urusan di Sabah. Bingung dibuatnya dek birokrasi orang Islam.

Seorang India baru masuk Islam. Satu hari merempat di sebuah surau akibat kelaparan. Dia mintak makan tapi orang surau buat tak peduli kerana mereka sangka dia India mabuk. Puas dia kata dia baru masuk Islam, tapi orang surau buat tak peduli dan masing-masing pakat mintak bukti yang dia Islam. Akhirnya seorang hamba Allah bagi dia makan dan sedikit duit. Kalaupun dia menipu, rugi ke bagi orang makan???

Saya pernah berura-ura untuk mengajak seorang kawan India Kristian masuk Islam. Dia ingin sangat tapi takut. Sebab katanya bapaknya dah meninggal dan dia anak sulung. Kalau dia masuk Islam, pakcik-pakciknya akan pulaukan dia, maknya yang dah tua dan adik-beradiknya. Mereka pasti akan disusahkan dan tak mustahil mereka sekeluarga boleh diancam dibunuh. "Can you stand for us?". Soalannya tak dapat saya jawab.

Kerana itulah, pada musim Haji awal tahun 2005, saya telah berdoa dihadapan Kaabah. Modal saya hanyalah airmata. Mohon pada Allah supaya semua orang dapat hidayat untuk dapat kalimah dan mati dengan kalimah, sehinggalah bayi yang terakhir daripada Hari Kiamat. Dan saya mohon mintak Allah lorongkan satu jalan supaya saya dapat bantu golongan muallaf ini, terutamanya dari segi kewangan. Sepanjang haji saya doa, di Arafah, di Mina, di Madinah, di Mekah..Entah bagaimana, saya dapat ilham untuk tubuhkan Yayasan. Saya pun tak tahu bagaimana proses nak tubuhkan yayasan dan berapa banyak wang yang perlu dicampakkan. Lalu saya doa mintak Allah RM1 juta - tanpa syarat. Saya yakin khazanah Allah Maha Luas.

2 tahun telah berlalu. Awal tahun ni saya buka perniagaan. Isteri saya yang jaga kedai dan saya masih bekerja di sebuah kilang di Nilai 3. Nama yang Allah ilhamkan adalah "Cinta Madinah" (lihat gambar). Lalu baru-baru ni saya namakan "Yayasan Cinta Madinah" - membantu golongan muallaf. Masih belum ada dana. Projek pertama untuk salurkan dana pada yayasan adalah Projek Khemah Ibadat "SUPER CAMP - Pemantapan Solat & Al-Qur'an" pada 23 Dis ni. Projek akan datang "Didik Anak Cara Rasulullah saw" dan "Solat Khusyu' Cara Rasulullah saw". Doakan kejayaan projek ini.

Konsep yayasan ini sama dengan konsep Bank Untuk Orang Miskin di Bangladesh - memberi pinjaman perniagaan tanpa syarat (dalam kes ini hanya muallaf). Biasa tak dengar kenyataan ini? "If you give them a fish to eat, they can eat once. But if you teach them how to fish, insyaAllah they can eat forever". Sesiapa yang ada pengalaman dalam hal yayasan bolehlah bagi idea.







Jadi bagaimana anda boleh bantu saya untuk melaksanakan impian murni ini?

Forwardkan email ini pada semua kawan-kawan di dalam email networking anda. Setiap kali anda forwardkan email ini, jangan lupa untuk memasukkan semula address saya : rahimi@hexagonholdings.com . Saya sendiri akan menghubungi kawan-kawan anda.

Terimakasih di atas bantuan anda. Moga Allah membalasnya di syurga.


Hj Rahimi Shamsuddin
019-2766441

**********************

Buat pengetahuan anda, projek Dana Yayasan Cinta Madinah – Membantu Golongan Mua’llaf, telah dihentikan kerana kurang sambutan. Namun projek Super Camp – Pemantapan Solat dan Al-Qur’an telah pun dilaksanakan pada Disember 2007. Program Cuti Sekolah 2Hari 1Malam akan menyusul pada Disember 2010 – Super Teen Camp 2. Tunggukan brochurenya.
Harap anda dapat meluangkan masa 5 minit menatap brochure madrasah tahfiz Al-Qur’an – Akademi Al-Qur’an Cinta Madinah. Jika tidak keberatan, dapatlah kiranya sebar2kan di kalangan rakan2 di dalam networking anda. Semoga Allah membalas kemurahan hati anda dengan kekayaan di akhirat.




Yang dhaif,

Hj Rahimi Shamsuddin

QA Manager

No comments:

Post a Comment