Nilai 20sen...kecil buat kita, besar buat ramai orang..
Semalam saya tertinggal dompet. Makanan dah order. Duit takde langsung dalam poket. Duduk doa baru fikir nak cakap kat kaunter. Takdir Allah ada orang dah bayar makanan saya semuanya yang saya bungkus. Ya Allah, saya rasa sebak kerana kasih sayang Allah dan adanya orang baik seperti itu..
Waktu malam anak saya sakit. Saya bawa ke klinik 3 pagi, sampai di sana tengok-tengok tertinggal dompet lagi. Seluk poket jubah ada terselit rm50..syukur..... 2 kali dah lupa bawa dompet...Ya Allah. Tak pernah macam ini..mesti kerana dosa dan kelalaian saya. Saya doa ya Allah..ya Allah..Allah nak ajar sesuatu untuk saya..risau duit tak cukup.
Lepas jumpa doktor dan diberi dekat 4 jenis ubat. Katanya rm38. Saya terus sebak. Ya Allah...ya Allah...
Ada seorang pelajar 10 tahun guna semua duit rayanya untuk bayar yuran madrasah. Syiling dan duit kertas kerana ibu ayah tiada duit. Anak tadi terkebil-kebil kira duit raya. Ustaz tadi sedih, dan kata takyah bayarlah. Nanti Allah beri jalan.
Ingatan buat saya bagaimanalah orang yang diuji dengan kesusahan dan kemiskinan. Sayangilah dan beri masa bersama orang miskin. Ia mengajar kita erti kehidupan. Doalah harapan paling utama. Hati yang berzikir ingat padaNya..tiada siapa yang kaya. Allah maha kaya...
Hidup ini macam roda. Ada masa kita di atas dan ada masa di bawah. Ada masa kita senang dan ada masa kita susah. Jadilah penyebab kesenangan dan kebaikan buat orang lain. Janganlah jadi orang yang menyusahkan orang lain..di mana kita berada bukan kerana kita atau kepandaian kita. Semuanya milik Allah. Dia pemilik segalanya. Dia Maha Kuasa.
Semakin kita mengasihi keluarga, orang miskin dan anak yatim semakin kita disayangi Allah. Jauhnya kita dari sayang keluarga dan sayang orang miskin tanda kita semakin jauh kita dari Allah-ebit lew
#www.keluargasunnah.com
#4Mac2017 #matradeKL #jomDaftar #whatsapp0173666848
#isterikuBidadari #whatsapp0132984984
No comments:
Post a Comment