Tuesday, July 12, 2016

Air nabeez, minuman sunnah


Pernah dengar tentang air nabeez? Air nabeez adalah minuman sunnah yg mempunyai byk khasiat. Rugi kalau tak pernah buat atau tak nak buat. Ia adalah minuman berakali, mampu membantu membuang asid dari perut dan sistem pencernaan badan serta menyingkirkan bahan2 toksin dari badan. Dalam ertikata lain ~ sebagai detox!! (Tak payah nak popular kan lemon... Guna kurma lagi bagus... Ikut sunnah)

Air nabeez tinggi dengan kandungan fiber, membantu sistem penghadaman, dan menguatkan daya ingatan. Air nabeez juga membantu sistem limpa, hati, tekak melapangkan dada dan bagus utk prostate. Sbb tu kaum lelaki amat di galakkan amalkan air nabeez. Juga bagus untuk pesakit Arthritis & pesakit Gout ~ kerana air nabeez membantu menuetralkan kadungan urik asid di kalangan pesakit Gout

Cara penyediaan air nabeez ni, mudah yg amat. Selepas isya', rendam kira2 100gm kurma/100gm kismis didlm 1 liter air. Kurma ajwa adalah yg terbaik, tapi boleh jugak gunakan kurma2 yg lain. Kalau kismis, manaqqa (warna kuning) lebih baik dari yg hitam. Saya guna 3 biji kurma @ segenggam kismis utk segelas air. Kalau kurma, lebih baik angka ganjil... Tutup gelas tersebut, dan biar semalaman@ kira2 12 jam. Guna air biasa jek, bukan air panas ya. Lagi satu, jgn di campur kurma & kismis. Gunakan salah satu sahaja... Esok pagi, kluarkan kurma tu, kacau & minum. Kurma tu blh di makan begitu jek atau di kisar dgn air nabeez tadi, dan minum. Kalau nak minum malam, boleh rendam pada waktu pagi. Minum sebaik2 nya selepas makan, bukan time perut kosong. Lebih baik 2 jam setelah makan terutamanya selepas makan daging. Tapi ingat ya, dilarang meminum air rendaman kurma/ kismis yang sudah memasuki 2~3 hari. Ini disebabkan air rendaman kurma/ kismis yang dibiarkan melebihi 2~3 hari, proses penapaian (fermentation) telah bermula dan air rendaman kismis/ kurma itu sedang dalam proses menjadi arak dan haram diminum. Utk lebih selamat, simpan dlm peti sejuk agar nabeez tidak mudah rosak.

'Abdullah r.a berkata; aku mendengar Sufyan bertanya ttg nabeez, Nabi menjawab; 'buat lah di malam hari dan minum ketika pagi'
Hadis sahih dari Sunan an Nasa'ai vol 6, buku 51, Hadith 5745

Abu Qatada r.a meriwayatkan bahawa ayahnya mendengar Nabi berkata; Jgn menyediakan nabeez dgn mencampurkan kurma separuh masak dan kurma yg tlh masak bersama2, dan jangan mencampurkan anggur(kismis) Dan kurma bersama tetapi hendaklah di lakukan secara berasingan.
Sahih Muslim Book 23 Hadith 4904

Ibn Abbas r.a meriwayatkan bahawa nabeez yg disediakan utk Nabi saw akan di minum oleh baginda pada hari tersebut, sehari selepasnya dan sehari berikutnya. Pada ptg hari ketiga, baginda akan minum dan memberi kepada sahabat nya. Baki air tersebut Akan di buang.
Sahih Muslim Book 23 Hadith 4974



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...