Friday, January 16, 2015

Daun Bidara Untuk Rawatan Gangguan Jin


GaramBuluh Master Meslan Tarseelim

Catatan pertama saya untuk tahun 2014, nak cerita mengenai DAUN BIDARA. Biasa dengar dalam pantun...nasi lemak, buah bidara tu. Tapi langsung tak tahu rupa dan khasiatnya. Sehinggalah mak saya mengalami sakit selama lebih 2 minggu. Asalnya demam, tapi dah baik. Walau dah baik demam tapi masih rasa tak sihat (kadang sampai tak mampu bangun) dan perasaan jadi gelisah. Juga kerap didatangi mimpi buruk.

Dah jumpa doktor, tapi takde bagi ubat sangat sebab memang tak demam. Cuma belum sampai tahap buat pemeriksaan lebih terperincilah. Melihat kepada simptom yang ada, saya dan kakak berpendapat kemungkinan adanya gangguan jin pada mak kami (pandai-pandai je kan!). Saya buat carian internet untuk herba rawatan berkaitan dan hasilnya menemukan info daun bidara ni.

• digunakan untuk merawat penyakit bersifat rohani - gangguan emosi, susah tidur, gangguan makhluk halus / sihir.

• bersumberkan amalan para ulama' terdahulu.

Terus saya minta seorang kakak saya carikan daun bidara. Kena cari cepat sebab lusanya saya nak bawa balik kampung di Johor. Hasilnya...

Nama umum : Pokok Bidara atau 'Indian Plum'

Nama dalam al-Quran : Sidr

Nama saintifik : Ziziphus mauritiana

Surah dan ayat al-Quran berkaitan : (34,16), (56,28)

(sumber : darussyifa.org)

Kakak saya mintak daun ni dari sebuah rumah yang dia tak kenal pun tuannya. Tapi demi mak kami, dia tebalkan jugak muka tanya pasal pokok bidara. Pokoknya besar macam pokok rambutan, rupa daun macam daun sireh tapi kecil. Menurut tuan rumah tu, dengan izin Allah dia pun dah pulih dari gangguan jin lepas buat rawatan dengan daun bidara ni. Dan dia sengaja biar pokok tu tak bertebang untuk tolong orang lain yang memerlukan daun ni. Alhamdulillah senang cari!

Macam mana cara rawatannya?

 
Perlu 21 helai daun bidara.
Gunakan 7 helai setiap hari selama 3 hari.
Dilakukan waktu petang, lepas Asar.

Ambil 7 helai tadi dan tumbuk guna lesung. Kemudian campurkan daun yang dah ditumbuk ke dalam segelas air kosong yang telah dibacakan dengan *ayat-ayat doa. Minum sedikit atau 3 teguk. Selebihnya campurkan dalam baldi berisi air untuk dibuat bilasan mandi. Lepas mandi dengan air ni, jangan terus lap. Biarkan seketika.

*ayat-ayat doa : seperti Ayatul Kursi dan 3 Qul.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...