Thursday, January 29, 2009

Gaji Menteri Malaysia

-
Lain kali kalau ada Menteri yang berkata "Ubah Gaya Hidup atau Makanlah Roti Murah yang tiada protein" - di minta ungkit segala gaji /elaun yang menteri ni dapat dan compare dengan mereka yang berpendapatan RM3,000

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,tuan dan puan,

Untuk makluman semua ini adalah pendedahan dari salah seorang Pegawai Bahagian Kewangan, Di Jabatan Perdana Menteri. Pendedahan ini mengenai Slip Pendapatan Bulanan Menteri dan Timbalan Menteri di Malaysia. Hanya pegawai-pegawai tertentu sahaja dibenarkan menguruskan maklumat ini, walaupun mereka itu adalah PA kepada Menteri. Kakitangan perkeranian tidak mengetahui, sebab slip pendapatan bulan masing-masing diberi dengan sampul surat tertutup.Maklumat ini adalah dari kawan-kawan di Jabatan Audit Negara,Perbendaharaan Malaysia, Bahagian Kabinet Jabatan Perdana Menteriserta serta Bahagian Pentadbiran Kewangan Parlimen Malaysia.  

Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri:

1. Gaji Pokok RM18,000-sulit untuk public,tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya.Terikat dgn akta Parliment

2. Elaun Keraian RM10,500.00-tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati

3. Elaun Perumahan RM10,800.00-tidak sulit- pendedahan harus berhati-hati Kebanyakn menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket mereka sajalah

4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00-tidak sulit tapi tidak orang semua tahu.

5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak kerja

Lain-lain kemudahan:

1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan,hotel,duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.

2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00

6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn talipon bimbit,satu driver,minyak percuma.Kalau pakai pemandu kementerian,dapatlah duit percuma.

7. Semua pemberian derma spt kpd perkahwinan, kematian,atau pemberian kpd badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.

8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00

9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.

Slip Pendapatan Bulanan Bagi Timbalan Menteri:

1. Gaji Pokok RM15,000-sulit untuk public,tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya.Terikat dgn akta Parliment

2. Elaun Keraian RM9,500.00-tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati

3. Elaun Perumahan RM9,800.00-tidak sulit- pendedahan harus berhati-hati. Kebanyakn menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket saja lah poket sendiri

4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00-tidak sulit

5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM50,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak hadir bertugas.

Lain-lain hal:
Maklumat diatas adalah berdasarkan tangga gaji seorang menteri pada tahun 1999. Saya rasa terdapat sedikit sebanyak perubahan sehingga sekarang.Pendapatan diatas tidak termasuk dari lain-lain sumber seperti berikut:

1. Pengerusi syarikat/lembaga jabatan kerajaan
2. Pengerusi syarikat swasta yg dilantik
3. Pedapatan dari syarikat persendirian spt kontrak dll
4. Pendapatan dari kroni-kroni peribadi
5. Saham yang diberi khas oleh kerajaan sebanyak 300,000 unit setiap masa.
6. Tidak termasuk dari pendapatan luar negara
7. Lain-lain sumber

Oleh yang demikian saya merayu dan menyeru kepada tuan-tuan dan puan-puan sahabat saya yang sedang berkhidmat di Bahagian Kewangan di seluruh Kementerian di Malaysia agar membuat pendedahan masing-masing tentang perkara ini agar seluruh rakyat Malaysia mengetahuai dan dapat menjadi pengajaran kepada mereka semua. Semoga pendedahan ini dapat menyedarkan semua rakyat dan ahli UMNO diseluruh Malaysia terutama sekali yang terperangkap dengan sekilo gula dan sehelai batik. Siapa tahu Slip Gaji Bulanan Perdana Menteri Malaysia ! Saya akan mendedahkannya sedikit masa lagi!!!

Rakyat Malaysia sepatutnya tahu bagaimanakah wang cukai mereka di belanjakan dan adakah mereka (penjawat awam taraf menteri) benar-benar berhak menerimanya.Kalau setakat gaji besar tapi kalau di beri masalah dan di jawap dengan jawapan tak masuk akal/lemah...baik berhenti sahaja...

WE NEED PEOPLE WITH HIGH EQ`S.....

BUT OUR LIFE MUST GO ON, RIGHT?

-
(August 2007)

Let's do some simple calculations here.

In Malaysia, the average family income is RM3,000 /month (where father works, mother doesn't). I understand there are many families whose monthly income does not reach RM3,000, but, to make things simple, let's take RM3,000 as the figure. Ok lah, right?

Okay, let's start rolling with a family which has Papa, Mama, 1 daughter and 1 son. Ngam-ngam ....

Calculation starts...

Electricity and water bill: RM100 (No air-con, No home theatre, No water heater ... ok?)
Phone bill ( Telekom): RM100
Meals for a happy family: RM775 (3 meals on RM25/day, RM25 for 4 persons...?)
Papa makan / teh-tarik during working hrs: RM155 (RM5/day, RM5 ... can eat what?)
Car repayment: RM400 (A proton saga aeroback, 7 yrs repayment)
Petrol (living in city, traffic-jam): RM300 (go to work, bring son to school, only can afford one car running)&nb sp; Insurance: RM650 (kids, wife and myself)
House repayment: RM750 (low cost hou sing repayment for 30 yrs, retired still have to work to pay!)
Tuition: RM80 (got that cheap meh? i don't think so)
Older children pocket money @ school: RM20 (RM1/day, eat bread?)
School fees: RM30 (enough ah?)
School book s and etc: RM100 (always got extra to pay in school)
Younger children milk powder: RM50 (cannot have the DHA, BHA, PHA one, expensive)
Miscellaneous: RM100 (shampoo, rice, sauce, toilet paper)

Oh wait!!! I have to stop here, so... No Astro, no movie @ cinema, no DVD, no CD, no online, cannot KFC, cannot McDonald, cannot go Park walk during weekend (petrol expensive), no chit chat on phone with grandparents, and etc...

Let's use a calculator to total up... WALAO EH! RM3,610 already...

EPF belum potong, inc ome tax lagi........RM3,610 ....

How to survive lah tuan-tuan dan puan-puan sekalian ???

Our Deputy Prime Minister asked us to change lifestyle?

How to change? Don't eat? Don't work? Don't send children to school and study?...

Besides that, I believe in Malaysia population, there are millions of rakyat Malaysia which still don't earn RM3,000/month!!!

What is this? Inilah Malaysia Boleh... Sorry ... it should be Malaysians Boleh , because we're still alive and kicking!!

Our politicians must be mad!!!!

Kepemimpinan Melayu Dipersendakan

-
A Kadir Jasin

ORANG Melayu yang tahu sedikit sebanyak mengenai politik, ekonomi dan diplomasi pasti berasa sangat malu dengan kedudukan kepemimpinan negara sekarang.

Hendak tidak hendak, buruk atau baik hakikatnya kepemimpinan Melayu “masih” berupa tunjang dan tonggak kepada kepemimpinan negara.

(Saya sengaja menggunakan istilah “masih” kerana ia membawa maksud sementara. Mungkin selepas ini orang Melayu tidak akan lagi menjadi tunjang dan tonggak kepemimpinan negara.)
Di hadapan kita, kaum-kaum lain mungkin tidak mentertawakan kita. Malah mereka terus berharap Malaysia stabil dan maju di bawah kuasa majoriti Melayu.

Tetapi di belakang kita, di dalam forum-forum tertutup dan di arena antarabangsa kepemimpinan Melayu kini menjadi bahan sindiran, jenaka, ketawa dan kutukan.
Betapa tidak, kepemimpinan Melayu, sama ada daripada sudut realiti atau persepsi, dilihat sebagai lemah di segi pemikiran, korup, rendah moral dan pekerti, berpecah-belah dan hipokrasi.

Akibat daripada realiti dan persepsi ini, timbullah pelbagai tuduhan, tohmahan dan syak wasangka terhadap pembesar politik Melayu daripada Perdana Menteri kepada Timbalan Perdana Menteri dan ketua de facto pakatan pembangkang.

1. Abdullah Ahmad Badawi dilihat sebagai lemah, tidak berkemampuan dan mengamalkan kronisme dan nepotisme;

2. Abdullah diuar-uarkan sebagai mengamalkan kebebasan dan keterbukaan tetapi institusi-institusi utama demokrasi dan ekonomi dirampas oleh konco-konconya yang beragenda peribadi;

3. Mohd Najib Abdul Razak dikaitkan dengan kes pembunuhan yang melibatkan penasihat dan pengawal keselamatannya. (Dia bersumpah dengan nama Allah dia tidak mengenali wanita Mongolia mangsa pembunuhan itu.); dan

4. Anwar Ibrahim dengan laporan liwat oleh seorang muda yang pernah menjadi pembantu di pejabat Parti Keadilan Rakyat. (Dia mahu penuduhnya bersumpah “qazaf” dengan mengemukakan empat saksi lelaki yang sempurna akal yang menyaksikan perbuatan itu.)

Realiti dan persepsi negatif ini tidak terhad kepada kepemimpinan politik sahaja. Ia turut merebak dan mencemari pentadbiran awam, polis dan kehakiman yang majoriti penjawatnya adalah Melayu.

Pegawai-pegawai tinggi awam ditangkap kerana disyaki melakukan rasuah -- yang terbaru dari Jabatan Imigresen -- dan Ketua Polis Negara dan Peguam Negara didakwa memalsukan bukti perbicaraan.

Hari demi hari penarafan (rating) antarabangsa negara dalam pelbagai bidang merosot dan imej negara di mata dunia semakin buruk.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Jabatan Negara Amerika misalnya menyifatkan Malaysia sebagai negara yang terbabit atau menjadi pangkalan kepada “human trafficking”(jual-beli manusia).

Tahun lalu ia meletakkan Malaysia dalam “Tier 3” di segi pematuhan terhadap akta perlindungan jual-beli manusia.

Imej Malaysia menjadi semakin buruk dan meruncing setelah Kerajaan British baru-baru ini mengancam pengenaan visa ke atas pemegang pasport Malaysia mulai akhir tahun ini.
Alasannya adalah terlalu ramai pembawa pasport palsu Malaysia dikesan cuba memasuki negara itu. Tidak lama selepas itu, pegawai-pegawai Imigresen yang disyaki rasuah ditahan.
Cadangan Britain itu meletakkan Malaysia setaraf dengan negara-negara seperti Brazil, Lesotho, Swaziland (bukan Switzerland), Afrika Selatan dan Venezuela.

Ini semua adalah kemelut kepemimpinan yang lemah yang gagal mempertahankan imej dan integriti negara.

Manakala kita mungkin menganggap apa yang berlaku sekarang sebagai hal ehwal dalam negara, tetapi tindak tanduk para pembesar kita sedang diperhatikan dan diteliti di seluruh dunia oleh para diplomat, pelabur, pelancong dan bakal pelajar yang hendak datang belajar di negara kita.

Di dalam negara, kepemimpinan Melayu yang hambar sekarang bukan sekadar dipersendakan malah dijadikan alasan oleh pemodal tempatan untuk membekukan pelaburan mereka atau untuk membawa keluar modal.

Kalau pemimpin akar umbi dan ahli Umno yang akan bersidang di peringkat cawangan mulai 17 Julai ini tidak membuat perubahan dengan memilih barisan pemimpin baru yang lebih berwibawa, bukan sahaja Umno akan menuju jalan kehancuran malah orang Melayu keseluruhannya akan menderita.

Hari ini, ramai orang Melayu tidak lagi yakin dengan Umno. Malah ramai yang mula mengarahkan pandangan kepada Pas dengan harapan parti itu boleh mengambil alih peranan parti utama orang Melayu.

Umno dan negara memerlukan kepemimpinan baru yang cekap dan berwibawa bagi menangani suasana ekonomi yang semakin meruncing sekarang.

Kedudukan orang Melayulah yang paling terancam dalam suasana politik dan ekonomi yang kucar-kacir sekarang kerana kuasa ekonomi mereka yang lemah berbanding kaum-kaum lain.
Memetik kata-kata ulama besar Sheikh Abdullah Fahim --- “Sesiapa yang berjuang dengan nama Allah dan niat baik sentiasa dalam keredaan Allah, tetapi siapa yang lupakan niat, khianat dan tamak akan dimurkai Allah, akhirnya menjadi hina.” (Mokhtar Petah – Sheikh Abdullah Fahim Penentu Tarikh Kemerdekaan Negara 31 Ogos, 1957. Pustaka Antara 1997.)

Anekdot:
Pada tahun 2005, dengan persetujuan Abdullah Ahmad Badawi, Proton dipaksa menjual MV Agusta dengan harga satu Uuro dan menderita kerugian RM500 juta. Pada 12 Julai lalu, BMW menjual MV Agusta kepada Harley-Davidson dengan harga US$109 juta (RM359.7 juta). Tidakkah Badan Pencegah Rasuah atau sebuah suruhanjaya bebas berminat menyiasat kejadian ini?

Pinjam RM50

-
QUESTION:

Pinjam ayah RM25, Pinjam emak RM25 --> jumlah RM50

Beli baju RM45 baki ditangan tinggal RM5

Ambil RM1 bayar ayah, ambil RM1 bayar emak, baki ditangan tinggal RM3.

Hutang pada Ayah jadi RM24, hutang pada emak jadi RM24

RM24 (ayah) + RM24 (emak) = RM48 RM48 + RM3 (baki ditangan) = RM51

Darimana Datangnya RM1.?



SOLUTION:

RM 50 - RM 45 (beli baju) = RM 5 baki RM 45 /2 = RM 22.50

Maknanya hutang mak ( 22.50 ) + ayah ( 22.50 )

Baki RM 5 - RM 2 ( RM 1 mak + RM 1 ayah ) = RM 3 ( (22.50 + 1) x 2 ) + 3 = RM 50

Kita bertanya, Al-Quran menjawab

-
KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB 'Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; 'Kami telah beriman,' ('I am full of faith to Allah') sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.'
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB 'Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.' - Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB 'Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.' - Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB 'Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.' - Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB 'Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).'

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB 'Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk' - Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB 'Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka.... ? - Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB 'Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.' - Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!
QURAN MENJAWAB '... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.' - Surah Yusuf ayat 12

Geniusnya P.Ramlee! - ada kebenarannya

P.Ramlee had told us long before... even Lingam gate ?

Do-Re-Mi, salah satu cerita yang saya tak jemu tengok. Babak yang paling menarik ialah bila doremi masuk rumah nak jual berus gigi tapi pakaian bukan main cantik dengan kot, tali leher dan kasut kilatnya. Tapi pakai topeng mata macam penyamun. Lepas itu, tuan rumah kena paksa membeli. Memang sinonim dengan situasi sekarang. Maksud yang tersirat ialah doremi itu orang berniaga tetapi berniaga macam penyamun, paksa orang beli dan bayar walaupun orang itu tak perlukan barang itu. Banyak terjadi sekarang....Laporan audit negara tahun 2007, begitulah keadaannya. Barang yang tak perlu, pun dibeli, kemudian dengan harga mahal pula tu. Barang yang murah, boleh jadi berkali-kali ganda mahalnya. Barang yang langsung tak diperlukan, tapi dibeli hanya sebab nak memuaskan hati penyamun yang bertali leher dan berkot itu.

Siapa penyamun dan siapa yang kena samun? Penyamunnya ialah kontraktor pembekal dan pegawai yang meluluskan tender itu. Yang kena samun ialah rakyat, duit pembayar cukai lah, duit budak-budak sekolah. Patutnya duit itu boleh buat belanja budak sekolah ke, bantuan buku ke, bantuan makanan ke, tapi masuk poket penyamun. Kemudian, dalam 'scene' yang sama, ada pula watak polis. Siapa polis itu? Hebat betul P.Ramlee mengintepretasikannya. Beliau mungkin telah lihat perkara begitu dalam zamannya, sebab itu filemnya masih sinonim dan tak jemu ditengok, dan penyamun penyamun itu masih berleluasa sampai sekarang dan ada yang dapat perlindungan pula itu.

Cuba pula kita lihat 3 Abdul...tuan penasihat ada macam macam-macam. Tapi kalau silap pilih, penasihat yang paling bijak pun boleh jadi macam sangkar perangkap monyet. Silap haribulan perangkap makan tuan . Tuan penasihat memang dah tetapkan 25% dalam tiap urusan. Modal dia, bagi idea saja, air liur saja. Begitulah sekarang, tiap urusan memang dah ada '25%' itu untuk orang tengah.

"Kalau marah nanti kena jual". Itulah syarat utama dalam perjanjian 3 Abdul dengan Saddiq Sigaraga. Apa maksud P.Ramlee itu? Apa kena-mengena dengan orang marah? Orang marah ialah orang yang gagal mengawal emosi mereka. Orang marah telah ditiupkan dengan api kemarahan oleh syaitan. Kelemahan nya akan terserlah. Hanya orang bijak saja dapat memanipulasi kelemahan ini. Setengah orang, bila melihat orang marah,dia jadi takut atau cuba menenangkan orang itu. Tapi manipulator akan ambil kesempatan sebab orang tengah marah lah paling senang kena provok. Orang marah lah akan buat tindakan bodoh, cakap yang tak senonoh dan senang lah manipulator masukan dia dalam perangkap monyet dan jual dekat restoran eksotik. Dalam 3 Abdul, jadi hamba lelongan.

Ini banyak jadi dalam politik. Ada seorang yang bertaraf menteri, yang dulu tugasnya mengawal kegiatan kongsi gelap kelas pertama, sebab marah fasal isu ketuk ketampi dan tersalah cakap pasal pelancong negeri Hang Li Po terus kena tukar mengawal kegiatan samseng di sekolah. Jauh sangat turun nya.

P.Ramlee telah beritahu fasal pentingnya Emotional Quotent dulu lagi. Walaupun istilah EQ belum lagi ada masa itu. Hingga untuk perkara baik pun mesti dijaga EQ itu. Lihat semasa 2 Abdul itu ditemukan dengan isteri masing-masing, Abdul Wahib menyergah, supaya mereka mengawal perasaan dan> perlakuan.

Alibaba bujang lapuk, penyamun boleh bawa berpakat, tak ada masalah, asalkan pandai. Boleh buat-buat macam kena rompak, lepas itu claim insurance. Penyamun zaman Ali Baba Bujang Lapuk pun ada persatuan. Samalah macam sekarang, ada macam-macam persatuan dan institusi yang menyamun duit rakyat. Ada macam-macam projek yang kononnya menjaga kepentingan rakyat, tapi sebenarnya nak diagih-agihkan peruntukan kerajaan itu sesama mereka. "kalau awak berani mencari lain penyamun, seluruh persatuan penyamun akan mengambil tindakan". Banyak yang tersirat dalam dialog filem itu sebenarnya. P.Ramlee dah bagitahu penyakit-penyakit orang Melayu lama dulu. Sekali lagi, kita buat silap,tak pandai nak ambil iktibar yang disampaikan P.Ramlee 40 tahun dulu dan selama 40 tahun itu lah kita hanya pandai gelak bila lihat komedi sinis P.Ramlee di TV tapi tak pandai menilai.

P.Ramlee memang genius, belum ada lagi filem Melayu sekarang ini yang dapat mengetengahkan isu isu orang Melayu secara sinis dalam panggung wayang...atas layar perak. Sebagai orang seni, P.Ramlee cukup sensitif dengan masalah masyarakat Melayu masa itu. Kehebatan beliau terletak pada> bagaimana beliau menceritakan kisah Melayu dengan analogi yang halus sekali. P.Ramlee menggunakan adab Melayu yang suka beralas bila bercakap, tapi menerusi medium filem. Filemnya sarat dengan mesej.

Nujum Pak Belalang, nasib negara ditentukan dengan pertaruhan dan ego si Sultan. Pertaruhan...perjudian..dah tentu ada taukehnya.. Isu hangat yang terjadi. Tauke judi pun terlibat dalam menentukan siapa yang patut jadi "ketua kepada segala ketua perbicaraan". Sang penasihat, Si Kitul jadi dalangnya. "correct... correct" Dalam filem itu, ahli nujum lah yang menjadi penasihat negara. Apa apa yang dimusykilkan Sultan, pendapat ahlil nujum lah yang penting. Sama seperti sekarang, penasihat negara ialah peguam. Nasihat peguam penting sebab dia yang tahu selok belok undang-undang. Ada peguam negara dan ada peguam broker. Sebab terlalu ghairah bercerita, habis semua jawapan teka teki diberi tahu oleh ahli nujum itu, dia tak tahu si Belalang tengah curi dengar, yang secara kebetulan bersembunyi bawah pelana perahu. Cuma Belalang moden tu badannya besar. Dia tak bersembunyi, cuma pakai kamera tersembunyi sambil duduk atas kerusi. Sang peguam pula beria-ia bercerita, dia langsung tak tahu ada orang curi rakam pula tu. Habis semua dia bagitahu segala rahsia dan komplot. Sebab ahli nujum dan peguam penasihat tak mengikut etika, muslihat masing-masing makan tuan. Bukan itu saja, dengan tuan masing-masing tergadai. Dalam filem itu, Sultan Masai tergadai negeri, dalam cerita moden, hakim tergadai maruah.

Hairan, filem yang dah 40,50 tahun dulu masih sinonim sekarang. Saya tak pasti samada peristiwa yang sama atau hampir sama pernah terjadi masa zaman P..Ramlee hidup dulu.

Musang Berjanggut, satu filem yang begitu klasik penyampaiannya kerana ia satu-satunya komedi sinikal yang berprofil tinggi yang dihasilkan P.Ramlee. Maksudnya, ceritanya ini memaparkan telatah kurang akal disebalik jawatan dan protokol pemerintah bila berdepan dengan godaan wanita. Berprofil tinggi kerana kononnya yang terlibat ialah Baginda Sultan, Menteri dan Orang Besar Kerajaan. Ada yang sanggup jadi kerusi, kuda tunggangan, hiasan rumah dam macam-macam lagi kerana wanita. Masing-masing cuba menyembunyikan kebobrokan sendiri, padahal mereka saling tahu tentang kebobrokan sesama mereka. Namun, salah seorang akan menjadi mangsa untuk menyedarkan tentang kebobrokan masing-masing. Seronoknya, bila dibuka peti yang kononnya ada musang terperangkap, masing-masing terpinga-pinga, dan segala orang besar istana, Menteri dan Baginda sendiri tahu yang rahsia mereka dah diketahui. Musang yang tertangkap itu pula ialah orang kuat Baginda sendiri. Orang kuat Baginda terperangkap sebab menyorok dalam tempat yang salah pada waktu yang salah. Jadi lah dia mangsa untuk dijadikan bukti dihadapan Sultan. Sultan pula tergamam tak terkata. Namun kisah ini tidak disulami dengan kematian atau letupan tapi disudahi pula dengan 'happy ending' sebagai satu bentuk memohon maaf dari P.Ramlee jika menyinggung pihak tertentu. Tajam sungguh sindiran P.Ramlee itu, dan kebelakangan ini, filem tersebut seperti terkeluar dari senarai rancangan TV jika ada slot untuk tayangan filem-filem P.Ramlee.

P.Ramlee ialah pengkritik sosial terhebat melalui medium filem dan filem-filemnya dah sampai satu peringkat macam cerita rakyat sebab sentiasa sinonim dengan apa zaman pun. Cerita rakyat macam Aladdin, Golden Egg Goose, Luncai dan labunya, tetap segar walaupun dah beratus tahun, moralnya masih relevan, tak kira zaman. Cerita P.Ramlee akan jadi begitu juga. Ada banyak lagi yang tersirat, banyak moral kalau diteliti setiap filem P.Ramlee.

Apa yang P.Ramlee karyakan memang terjadi dulu,sekarang dan masa akan datang juga. Beliau ada kemahiran mengutarakan isu-isu kronik dengan secara sinis dan tidak menghentam orang secara terus tapi secara berseni sekali. P.Ramlee sebenarnya mengajak orang Melayu berfikir, melihat cermin dan menilai diri sendiri. Tak ramai yang dapat melihat apa yang dilihat P.Ramlee menerusi karyanya. Bagi mereka yang faham, terasa tersindir. Tapi yang tak sedar diri, terbahak-bahak gelak, kemudian terdiam sekejap sebab tersedar yang dia gelakan diri sendiri.

Dr Phil's Test: Here you go

Try this! Below is Dr Phil's test .
(Dr. Phil scored 55; he did this test on Oprah - she got a 38.)

Some folks pay a lot of money to find this stuff out! Read on, this is very interesting!

Don't be overly sensitive! The following is pretty accurate and it only takes 2 minutes. Take this test for yourself and send it to your friends.

Don't peek, but begin the test as you scroll down and answer. Answers are for who you are now....... not who you were in the past. Have pen or pencil and paper ready. This is a real test given by the Human Relations Dept. at many of the major corporations today. It helps them get better insight concerning their employees and prospective employees.

It's only 10 Simple questions, so...grab a pencil and paper, keeping track of your letter answers to each question. Ready?? Begin...

1. When do you feel your best?
a) in the morning
b) during the afternoon & and early evening
c) late at night

2. You usually walk. .
a) fairly fast, with long steps
b) fairly fast, with little steps
c) less fast head up, looking the world in the face
d) less fast, head downe) very slowly

3. When talking to people you..
a) stand with your arms folded
b) have your hands clasped
c) have one or both your hands on your hips
d) touch or push the person to whom you are talking
e) play with your ear, ! touch your chin, or smooth your hair

4. When relaxing, you sit with...
a) your knees bent with your legs neatly side by side
b) your legs crossed
c) your legs stretched out or straight
d) one leg curled under you

5. When something really amuses you, you react with....
a) big appreciated laugh
b) a laugh, but not a loud one
c) a quiet chuckle
d) a sheepish smile

6. When you go to a party or social gathering you..
a) make a loud entrance so everyone notices you
b) make a quiet entrance, looking around for someone you know
c) make the quietest entrance, trying to stay unnoticed

7.. You're working very hard, concentrating hard, and you're interrupted.......
a) welcome the break
b) feel extremely irritated
c) vary between these two extremes

8. Which of the following colors do you like most?
a) Red or orange
b) black
c) yellow or light blue
d) green
e) dark blue or purple
f) white
g) brown or gray

9. When you are in bed at night, in those last few moments before going to sleep you are..
a) stretched out on your back
b) stretched out face down on your stomach
c) on your side, slightly curled
d) with your head on one arm
e) with your head under the covers

10. You often dream that you are...
a) falling
b) fighting or struggling
c) searching for something or somebody
d) flying or floating
e) you usually have dreamless sleep
f) your dreams are always pleasant

POINTS:
1. (a) 2 (b) 4 (c) 6
2. (a) 6 (b) 4 (c) 7 (d) 2 (e) 1
3. (a) 4 (b) 2 (c) 5 (d) 7 (e) 6
4. (a) 4 (b) 6 (c) 2 (d) 1
5. (a) 6 (b) 4 (c) 3 (d) 5 (e) 2
6. (a) 6 (b) 4 (c) 2
7. (a) 6 (b) 2 (c) 4
8. (a) 6 (b) 7 (c) 5 (d) 4 (e) 3 (f) 2 (g) 1
9. (a) 7 (b) 6 (c) 4 (d) 2 (e) 1
10. (a) 4 (b) 2 (c) 3 (d) 5 (e) 6 (f) 1

Now add up the total number of points.

OVER 60 POINTS :
Others see you as someone they should 'handle with care.' You're seen as vain, self-centered, and who is extremely dominant.. Others may admire you, wishing they could be more like you, but don't always trust you, hesitating to become too deeply involved with you.

51 TO 60 POINTS :
Others see you as an exciting, highly volatile, rather impulsive personality; a natural leader, who's quick to make decisions, though not always the right ones. They see you as bold and adventuresome, someone who will try anything once; someone who takes chances and enjoys an adventure. They enjoy being in your company because of the excitement! you radiate.

41 TO 50 POINTS:
Others see you as fresh, lively, charming, amusing, practical, and always interesting; someone who's constantly in the center of attention, but sufficiently well-balanced not to let it go to their head.. They also see you as kind, considerate, and understanding; someone who'll always cheer them up and help them out.

31 TO 40 POINTS:
Others see you as sensible, cautious, careful & practical. They see you as clever, gifted, or talented, but modest. Not a person who makes friends too quickly or easily, but someone who's extremely loyal to friends you do make and who expect the same loyalty in return. Those who really get to know you realize it takes a lot to shake your trust In your friends, but equally that it takes you a long time to get over if that trust is ever broken.

21 TO 30 POINTS: Your friends see you as painstaking and fussy. They see you as very cautious, extremely careful, a slow and steady plodder. It would! really surprise them if you ever did something impulsively or on the spur of the moment, expecting you to examine everything carefully from every angle and then, usually decide against it. They think this reaction is caused partly by your careful nature.

UNDER 21 POINTS:
People think you are shy, nervous, and indecisive, someone who needs looking after, who always wants someone else to make the decisions & who doesn't want to get involved with anyone or anything! They see you as a worrier who always sees problems that don't exist. So me people think you're boring. Only those who know you well know that you aren't.

Health - Important Tips

1) Answer the phone by LEFT ear.

2) Do not drink coffee TWICE a day.

3) Do not take pills with COOL water.

4) Do not have HUGE meals after 5pm.

5) Reduce the amount of OILY food you consume.

6) Drink more WATER in the morning, less at night.

7) Keep your distance from hand phone CHARGERS.

8) Do not use headphones/earphone for LONG period of time.

9) Best sleeping time is from 10pm at night to 6am in the morning.

10) Do not lie down immediately after taking medicine before sleeping.

11) When battery is down to the LAST grid/bar, do not answer the phone as the radiation is 1000 times.