Monday, April 27, 2020

10 WASIAT HASSAN AL-BANNA

10 WASIAT HASSAN AL-BANNA

Apabila saudara/saudari mendengar azan, maka bangunlah bersembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan saudara sekalipun

Bacalah al-quran atau tatapilah ilmu atau pergilah mendengar perkara yang baik atau berzikir, jangan sama sekali membuang masa dengan perkara sia-sia.

Berusaha sedaya upaya  untuk bertutur dalam bahasa arab fusha kerana ia merupakan salah satu syiar islam.

Janganlah banyak berdebat dalam apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong tidak mendatangkan sebarang kebaikan.

Jangan banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

Janganlah bergurau kerana umat yang  berjihad sentiasa bersungguh dan serius dalam setiap perkara.

Jangan bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana ia menjemukan dan boleh menyakiti pendengar.

Jauhi daripada mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan - pertubuhan dan jangan bercakap melainkan perkara yang mendatangkan kebaikan.

Berkenalanlah dengan setiap rakan yang saudara/saudari temui sekalipun saudara/saudari tidak diminta berbuat demikian kerana asas dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenalan.

Kewajipan lebih banyak daripada waktu, oleh itu bantulah rakan mu untuk memanfaatkan waktu mereka dan jika saudara/saudari berurusan maka singkatlah masa pelaksanaannya.


2. WASIAT YANG DIBERIKAN OLEH SEORANG ULAMA KEPADA IBRAHIM BIN ADHAM

Orang yang banyak bicaranya, janganlah engkau harapkan sangat kesedaran hatinya.

Orang yang banyak makan, janganlah engkau harapkan kata-kata hikmah daripadanya.

Orang yang banyak bergaul dengan manusia, janganlah engkau harapkan sangat kemanisan ibadahnya.

Orang yang cintakan dunia, janganlah engkau harapkan sangat husnul khatimahnya.

Orang yang bodoh, janganlah engkau harapkan sangat akan hidup hatinya.

Orang yang memilih untuk berkawan dengan orang yang zalim, janganlah engkau harapkan sangat kelurusan hatinya.

Orang yang mencari keredhaan manusia, janganlah engkau harapkan sangat keredhaan allah padanya.



No comments:

Post a Comment