Wednesday, March 17, 2010

Panduan Hadiri Majlis & Kenduri

Seperti yang diketahui umum pelbagai aktiviti kemasyarakatan dilakukan terutama majlis perkahwinan, kenduri-kendara, kesyukuran, majlis pertunangan, kenduri tahlil, kenduri berkhatan, kenduri cukur jambul, kenduri naik rumah dan sebagainya. Jika disebut tentang majlis atau kenduri, sudah semestinya kita akan terbayang suasana masyarakat yang akan datang dan berkumpul untuk satu tujuan iaitu menerima jemputan tuan rumah dan meraikannya.
Pada kebiasannya kenduri itu juga dikaitkan dengan makan-makan. Ia menjadi tarikan tetamu untuk menikmati hidangan yang disediakan oleh tuan rumah.

Menurut islam, hukum memenuhi undangan ke kenduri kahwin adalah wajib. Sebagaimana Rasulullah s.a.w berkata dengan bermaksud, Apabila seorang daripada kamu di undang menghadiri kenduri kahwin, maka hendaklah dia menghadirinya," (Riwayat oleh Al-Bukhari dan Muslim)

Utamakan jemputan yang lebih awal diterima dan mengikut kesesuaian masa, tempat dan keperluan. Sekiranya terdapat pertembungan dua atau tiga jemputan satu masa, adalah lebih baik jika anda merancang perjalanan dan masa anda agar dapat memenuhi kesemua jemputan rumah tersebut walaupun hanya untuk sekejap sahaja.

Jemputan hendaklah adil dan sama rata tanpa mengira kedudukan dan pangkat. Menurut riwayat Imam Muslim bahawa Rasulillah s.a.w berkata dengan maksud, "seburuk-buruk makanan (hidangan) ialah hidangan walimah (kenduri) yang dijemput orang kaya sahaja, sedangkan orang miskin tidak dijemput. Dan sesiapa tidak memenuhi jemputan (undangan), maka ia menderhakai Allah dan Rasul-Nya".

Sekiranya jemputan dilakukan secara umum, maka tidak wajub hadir. Namun sekiranya jemputan tersenut dijemput secara khusus melalui kad jemputan atau wakil, maka adalah wajar anda memenuhi permintaan jemputan tersebut.

Ketahiulah bahawa jika sesebuah majlis atau kenduri tersebut HARUSLAH bebas daripada perkara-perkara yang diharamkan seperti minum minumam keras dan perbuatan maksiat.

Bukan itu sahaja malahan adalah wajar sekali anda memenuhi jemputan kenduri perkahwinan tersebut jika anda adalah kalanga orang yang berdekatan dengan majlis tersebut.

Amnya duit belanja yang akan diserahkan untuk majlis kenduri tersebut haruslah hasil daripada sumber yang halal.


Perlu diingatkan bahawa setiap majlis kenduri atau perkahwinan yang diwujudkan TIDAK HARUS mengandungi unsur politik, pilih kasih mahupun orang yang menyakiti berada dalam majlis yang sama. Keran ini akan merosakkan majlis atau kenduri keramaian tersebut.

JIKA keadaan kesihatan diri yang baik maka akan mudahlah anda memenuhi undangan tersebut dengan sempurna. Sekiranya berlaku sebarang masalah kesihatan sehingga mengganggu atau membahayakan orang lain seperti sakit demam campak, eloklah anda menghubungi tuan rumah diatas ketidakhadiran anda akibat keuzuran.

Didalam majlis kenduri atau perkahwinan tersebut adalah kita digalakkan untuk mengambil peluang dakam mengeratkan hubungan silaturahim sama ada yang dikenali mahupun belum dikenali bagi mewujudkan satu salsiah yang baik sesama individu.

Sekiranya anda menjadi jiran tertangga pada majlis tersebut maka adalah wajar sekiranya anda menghulurkan bantuan kepada mereka sama ada dari bentuk wang ringgit, barang, tenaga ini untuk meringankan bebanan tugas mereka dalam mengendalikan majlis tersebut. Ketahuilah bahawa sikap saling berkerjasama dan bantu-membantu adalah digalakkan dalam kehidupan berjiran.
Ucapkanlah rasa syukur atas undangan yang diterima kerana ia sabagai tanda diri anda masih diingati dan dihargai untuk memeriahkan majlis yang diadakan.

Berdoalah untuk keberkatan dan kebahagian pegantin dan tuan rumah tersebut. Kerana doa -doa anda juga merupakan restu kebahagian untuk mereka sekeluarga. (Bukannya bila balik mulalah episod kutuk mengutuk, keji mengeji pada majlis yang sudah dihadiri).
Menwar-warkan berita gembira tersebut kepada orang ramai dengan menjemput ramai tetamu mengikut kemampuan mengadakan majlis.

Galakkan aktiviti gotong-royong semasa mengadakan majlis tersebut. Disamping itu kita haruslah berakhlak baik semasa menghadiri majlis, menghormati tuan rumah dan para tetamu yan lain termasuklah dari segi pemilihan pakaian mengikut kesesuaian sesuatu majlis.

Ikut tempoh waktu jemputan yang diberikan melainkan ada perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan.
Elakkan mengadakan kenduri pada waktu orang sibuk berkerja atau memilih hari yang menjadi rebutan untuk mengadakan kenduri. Ini untuk mengelakkan pembaziran makanan dan sabagainya dalam suasana majlis kelak.

Untuk mengadakan majlis atau kenduri adalah lebih molek sekiranya kita mengikut kemampuan sendiri dan bukan untuk bermegah-megah.
Kenduri akan bertambah berkat apabila mengundang orang yang sedang lapar, tidak membazir makanan, melayan tetamu bersugguh-sungguh dan niat kerana Allah SWT.
Apabila datang memenuhi undagan, anda haruslah menghormati tuan rumah dengan bertemu dan bersalaman sewaktu tiba ke majlis dan sebelum pulang ke rumah. Dan jangnlah lupa ucapkanlah terima kasih kepada tuan rumah tersebut diatas jemputan yang anda hadiri itu.

Elakkan bercakap pada perkara-perkara yang mensia-siakan seperti mengumpat, mengata dan sebagainya. Apatah lagi menyentuh tentang keaiban tuan rumah dan ahli keluarganya. Kemungkinan semasa anda bercerita anda adalah keluarga terdekat kepada tuan rumah tersebut.
Niat ikhlas kedatangan anda dan bukannya ada 'udang di sebalik batu' seperti mengharapkan tuan rumah perlu balas kunjungan apabila tiba giliran anda mengadakan majlis kelak.
Anda bolehlah membawa 'buah tangan' dan masakan untuk diberikan kepada tuan rumah tersbut. Sekiranya ia adalah majlis perkahwinan pula sesetengah orang akan menghulurkan hadiah buat pasagan pegantin baru. Namun walauapapun yang ada akan bawa pastikan pemberian tersbut adalah ikhlas dan bukan untuk menunjuk-nunjuk..

Wallahualam........!

No comments:

Post a Comment