▶ Kita mengetahui, solat secara berjemaah itu adalah sunnah, mendapat
lebih 27 darjat lebih berbanding solat bersendirian. Tetapi ruginya kita
masih tidak mampu untuk berjemaah di masjid atau surau.
▶ Kita mengetahui, bahawa ucapan "Subhaanallaahi wa bihamdihi" sebanyak
100 kali dalam sehari akan menghapuskan dosa-dosa kita, walaupun dosa
kita sebanyak buih di lautan. Akan tetapi sayang, Berapa banyak hari
kita yang berlalu tanpa kita mengucapkannya sedikitpun.
▶Kita mengetahui, bahawa pahala dua rakaat Dhuha setara dengan pahala
360 sedekah, akan tetapi sayang, hari berganti hari tanpa kita melakukan
solat Dhuha.
▶ Kita mengetahui, bahawa orang yang berpuasa sunnah kerana Allah satu
hari saja, akan dijauhkan wajahnya dari api neraka sejauh 70 musim atau
70 tahun perjalanan. Tetapi sayang, kita tidak mahu menahan lapar.
▶Kita mengetahui, bahawa siapa yang menjenguk orang sakit akan diikuti
oleh 70 ribu malaikat yang memintakan ampun untuknya. Tetapi sayang,
kita belum juga menjenguk satu orang sakit pun minggu ini.
▶Kita mengetahui, bahawa siapa yang membantu membangun masjid kerana
Allah walaupun hanya sebesar sarang burung, akan dibangunkan sebuah
rumah di syurga. Tetapi sayang, kita tidak tergerak untuk membantu
pembangunan masjid walaupun hanya dengan beberapa ringgit.
▶Kita mengetahui, bahawa siapa yang membantu ibu tunggal dan anak
yatimnya, pahalanya seperti berjihad di jalan Allah, atau seperti orang
yang berpuasa sepanjang hari tanpa berbuka, atau orang yang solat
sepanjang malam tanpa tidur. Tetapi sayang, sampai saat ini kita tidak
berniat membantu seorang pun anak yatim.
▶Kita mengetahui, bahawa orang yang membaca satu huruf dari Al-Qur'an,
baginya sepuluh kebaikan dan satu kebaikan akan di lipatgandakan sepuluh
kali. Tetapi sayang, kita tidak pernah meluangkan waktu membaca
Al-Qur'an dalam jadual harian kita.
▶ Kita mengetahui, bahawa haji yang mabrur, tidak ada pahala baginya
kecuali syurga, dan akan diampuni dosa-dosanya sehingga kembali suci
seperti saat dilahirkan oleh ibunya. Tetapi sayang, kita tidak
bersemangat untuk melaksanakannya, padahal kita mampu melaksanakannya.
▶Kita mengetahui, bahawa orang mukmin yang paling mulia adalah yang yang
paling banyak solat malam, dan bahawasanya Rasulullah SAW dan para
sahabatnya tidak pernah meremehkan solat malam ditengah segala kesibukan
dan jihad mereka. Tetapi sayang kita terlalu meremehkan solat malam.
▶Kita mengetahui, bahawa hari kiamat pasti terjadi, tanpa ada keraguan,
dan pada hari itu Allah akan membangkitkan semua yang ada di dalam
kubur. Tetapi sayang, kita tidak pernah mempersiapkan diri untuk hari
itu.
▶Kita sering menyaksikan orang-orang yang meninggal mendahului kita.
Tetapi sayang, kita selalu hanyut dengan senda gurau dan permainan dunia
seakan kita mendapat jaminan hidup selamanya.
Amalkanlah 12 perkara di atas demi kebahagian kita di dunia dan akhirat.
Sama-sama kita persiapkan diri utk menuju ke syurga abadi seluas langit dan bumi.
No comments:
Post a Comment