Thursday, May 6, 2010

Wajah Aminulrasyid sebelum ditembak mati

Ambil gambar nie dari milosuam.blogspot.com. Dikatakan bahawa inilah gambar terkakhir Allahyarham sebelum ditembak pada malam kejadian…Beliau mati dengan memakia baju kuning itu.

Baru 15 tahun….teringat lagi, ketika saya sebaya beliau saya sibuk bermain Hoki dan Ragbi untuk sekolah. Saya pernah rasa patah tangan masa itu….Macam-macam kita telah lalui, tetapi Aminulrasyid, bukan sekadar patah tapi Allah terus mengambil nyawanya….Allah lebih sayangkan beliau. Marilah kita doakan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh anak muda ini….

Kita yang masih hidup ini beringat-ingatlah sebelum mati. Ada sebab Allah bagi panjang umur nie….

Dalam pada masa yang sama kita juga berasa kesal dengan kenyataan tadika Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang mengugut untuk mengarahkan anggotanya supaya tidak lagi mengawal keselamatan negara berikutan tekanan yang diterima Polis selepas orang ramai mempersoalkan kredibiliti organisasinya dalam menguruskan kes kematian seorang pelajar, Aminulrasyid Amzah.

Kami mahu pihak Polis bersikap profesional dan menerima secara terbuka kritikan rakyat dan berusaha memperbaiki kelemahan mereka. Polis dibayar gaji mengunakan wang rakyat jadi tiada sebab Musa perlu arahkan anggotanya supaya tidak bekerja. Sama ada beliau merajuk atau tertekan, ugutan itu tidak sepatutnya dilemparkan kepada rakyat.

KPN yang kontraknya telah disambung beberapa kali harus bekerja bersungguh-sungguh bagi mendapatkan kepercayaan rakyat. Jika beliau tidak mampu, lebih baik beliau berundur sahaja dan jadi pelakon drama Gerak Khas seperti abang beliau.

No comments:

Post a Comment