Pesanan untuk ibu bapa.
Tanamkan dalam hati bahawa;
1. Anak kita bukan baik sangat.
Walau kat rumah dia taat, dia mungkin nakal dibelakang kita. Jadi dia
mungkin lawan cakap cikgu, pukul kawan dia, dan buat pelbagai perkara
yang kita tak jangka.
2. Bukan anak kita sorang aje kat dalam kelas tu.
Kita kat rumah paling banyak anak 6 @ 7 orang. Itu pun kita tak mampu
nak beri perhatian pada semua. Anak cakap banyak sikit kita dah suruh
diam. Just imagine kita ada anak kembar seramai 40 orang. Macam tu lah
apa yang cikgu alami sewaktu mengajar anak-anak kita.
3. Anak kita juga pandai menipu.
Jangan percaya sangat dengan cerita2 anak kita. Dia mungkin menipu. Tak
kiralah seyakin mana kita dengan kesolehan dia, dia mungkin menipu.
Siasat dan jangan cepat melatah. Nanti kita yang malu.
4. Anak kita layak dimarah.
Anak kita bukan malaikat. Dia tidak sempurna. Dia pasti melakukan banyak
silap. Dia perlu dididik. Character dia di rumah dan di sekolah tak
sama. Dia mungkin sangat annoying waktu di dalam kelas dan kita takkan
tahu itu. Jika dia dimarah, itu tandanya gurunya sedang mendidiknya.
5. Ingat semula kenapa kita hantar dia kesekolah.
Untuk dia jadi diva kah?
Sampai tak boleh diusik.
Untuk dia jadi samseng?
Sampai tak boleh dijentik.
Untuk dia jadi biadap?
Sampai tak boleh dididik.
6. Dia sedang dididik. Dengan cara yang kita suka, mahupun tidak suka.
Jika tak boleh terima orang lain didik dia dengan cara yang tak sama
dengan didikan kita, jangan hantar dia ke sekolah. Kita tak boleh
harapkan orang ikut cara kita. Cara kita tak semestinya betul.
7. Kita tak mampu berikan semua ilmu yang diperlukannya.
Kita perlukan guru2. Kita mungkin pakar kimia, tapi kita tak tahu
matematik, geography, biology dan sebagainya. Kita mengharapkan guru2
itu mencurahkan ilmu kepada anak kita. Hormati mereka.
8. Duit bukan segalanya.
Kita mungkin kaya. Tapi duit tak mampu jadikan anak kita sempurna. Duit
tak boleh membentuk akhlaknya. Dia perlu didik, diajar, dibentuk. Baru
dia mampu menjadi manusia.
9. Kita tak mampu membentuknya seorang diri.
Anak kita perlu dilatih hidup dengan masyarakat. Dia perlu diajar
bagaimana menghadapi dunia yang ganas di luar sana. Dia perlukan sekolah
sebagai langkah pertama untuk memahamkan dia bagaimana untuk survive di
dunia ini. Guru2 itulah yang akan membantu kita membuatnya melihat
dunia. Beri guru2 itu ruang untuk membantu kita.
10. Kita bukanlah orang yang paling betul dalam dunia.
Cara guru dan kita mungkin berbeza. Tapi pengalaman mereka mendidik
memang kita tak mampu menandinginya. Paling hebat kita didik 6 @ 7 orang
anak kita sendiri. Mereka dah didik 6 @ 7 orang anak sendiri dan
beratus malahan beribu anak-anak orang lain yang mereka didik seperti
anak-anak mereka sendiri.
11. Jangan sombong dengan guru2. Allah sebut darjat mereka tinggi di dalam al quran.
Mereka bukan sahaja bekerja kerana gaji, tapi mereka melakukan amal
jariah dengan memberi ilmu yang bermanfaat kepada ribuan manusia, dan
amal ini allah kira sahamnya walaupun setelah mereka meninggal dunia. Amal kita?
12. Ilmu anak kita takkan berkat tanpa redha gurunya.
Tanamkan itu dalam peribadi anak-anak kita. Yang 11A tapi jika biadap
dengan guru belum tentu berkat ilmunya, belum pasti tenang hidupnya. "A"
kurang tak apa. Asalkan tak kurang adabnya. Biar berkat ilmunya.
Kejayaan akan datang dalam pelbagai cara.
13. Guru2 sentiasa mengingatkan anak kita agar hormat ibu bapanya.
Ibu bapa sentiasa menjadi sentimen utama yang digunakan oleh guru2 untuk
menasihati anak-anak kita. Mengapa kita tak boleh buat perkara yang
sama? Satu sahaja, kerana kita rasa kita lebih bagus dari segenap segi
daripada guru2 anak-anak kita.
Berlapang dadalah.
Ilmu itu bukan bilangan "A".
Tapi apa yang anak kita dapat untuk dia jadikan panduan untuk jalani kehidupan di dunia dan diakhirat.
Tepuk dada, tanya hati, Fikir Atas Iman, bertindak Atas takwa
No comments:
Post a Comment