Monday, August 3, 2009

Program kesedaran pemandu: JHU 6537


Maafkan saya jika telah mengganggu anda tetapi jika ada masa saya harap anda dapat membaca satu pengalaman yang telah terjadi kepada diri saya pada beberapa hari yang lalu dan haraplah dapat membantu saya yang memerlukan sedikit pertolongan.

Sedikit mukadimmah . Di antara lebuhraya-lebuhraya di Semenanjung Malaysia , Lebuh Raya Pasir Gudang di laporkan antara banyak berlakunya kemalangan maut. Secara umum kenapa ianya sering terjadi tidaklah di ketahui secara tepat tetapi berdasarkan pengalaman saya yang sering menggunakan laluan ini di dapati ianya adalah kerana tindakan segelintir pemandu yang tidak mematuhi peraturan jalan raya yang telah di tetapkan.

Namun satu kejadian yang telah menimpa diri saya telah menyebabkan saya terpanggil untuk melakar email ini dengan harapan akan sampai kepada orang yang di harapkan.

Pada Hari Sabtu 18/07/2009 pukul 4 petang saya bersama Isteri, Ibu Mertua, seorang anak perempuan berusia 6 tahun dan anak saudara berusia 4 tahun sedang dalam perjalanan dari Pasir Gudang menuju ke Taman Taman Tampoi Indah menggunakan Lebuh Raya Pasir Gudang.

Sewaktu kejadian , lane sebelah kiri yang saya gunakan adalah agak lancar tetapi di sebelah kanan agak perlahan dan di gunakan banyak kenderaan.

Secara tiba-tiba sebuah kereta dari arah kanan melakukan belokan ke arah kiri tanpa sebarang signal dan di lakukan dengan cara yang merbahaya. Saya dengan automatiknya terpaksa membuat satu brek mengejut dan ianya menyebabkan keluarga saya juga terkejut. Sudah menjadi naluri (instinct) seorang pemandu, saya membunyikan hon menandakan supaya bahawa pemandu di depan tahu yang beliau telah melakukan kesalahan trafik.

Tetapi yang mengejutkan saya dan keluarga adalah pemandu di depan sengaja melakukan satu aksi gerakan kereta terhoyong hayang kiri kanan seolah-olah mengisyaratkan tidak ambil endah atau berkata "boleh blahlah!"..

Marah juga saya dengan tindakan sedemikian tetapi apa yang terjadi seminit selepas itu terjadi perkara yang saya lebih tidak sangka. Pemandu kereta berkenaan mula memperlahankan kenderaannya dan bertindak seolah-olah tidak membenarkan saya untuk memotong kereta beliau. Apabila saya memberikan signal hendak ke kanan, beliau akan masuk mula masuk ke kanan apabila saya bergerak ke kanan dan sebaliknya jika saya ke kiri. Setiap kali pemandu tersebut berada di hadapan saya, dia akan memperlahankan keretanya sehingga 60km/j walaupun berada di laluan kanan lebuhraya yang mempunyai had laju 90km/j dan tiada kereta lain di depan kereta tersebut.

Terdapat satu ketika apabila pemandu itu menutup laluan memotong pada kenderaan saya dengan memandu seiringan dengan sebuah lori di jalan kiri dengan halaju 60km/j.

Jikalau saya berjaya masuk ke laluan kiri dan mempunyai tiada halangan hadapan untuk memotongnya, pemandu tersebut akan mula memecut dan menyangka saya akan mula berlumba sedangkan kenderaan saya ini hanyalah kereta keluarga dan membawa keluarga dan tiada niat untuk berlumba. Tapi itulah yang lawaknya bila di lihat saya tidak memecut, dia akan kembali memperlahankan kenderaan itu dan di ulangi balik perkara yang sama.

Setelah itu saya mula rasa benar-benar bosan dan ingin meninggalkan pemandu yang saya fikirkan mungkin ada masalah mental ini.

Ketika saya berjaya masuk ke lane kiri saya melakukan dummy percubaan memecut , kereta tersebut mula memecut di lane kanan. Saya matikan dan hidupkan sekali lagi signal seolah-olah hendak masuk ke lorong kiri ( flyover menuju ke Larkin ) dan bergerak sikit2 ke kiri.. Kereta itu kemudian dengan secara tiba-tibanya dari lorong kanan terus masuk jalan kiri dan terus naik ke jalan menuju Larkin juga ( Mungkin untuk terus mengganggu saya / berharap saya berhenti dan bergaduh atau secara kebetulan saya tidak tahu ).. Ketika itulah saya memperlahankan kenderaan dan memberikan signal kanan untuk kembali ke lebuhraya lalu terus memecut (bermula dari 60km/j) meninggalkan beliau yang tidak lagi boleh melakukan correction. Dari cermin tingkap saya dan keluarga mengesahkan dapat lihat ianya seorang lelaki melayu dalam keadaan tersengih menyangka telah menang perang psikologi jalanraya dan terdapat seorang wanita di sebelahnya, mungkin awek jadi ego mesti di pertontonkan. Kalau bawa isteri mungkin lain sikit sayangnya dan lebih berhemah ketika memandu.

Ingin saya katakan di sini bahawa janganlah terlalu ego di jalanraya kelak buruk padahnya.

Di atas pengalaman ini saya berharap anda sebagai pembaca email ini haraplah dapat menolong saya memulakan satu inisiatif program kesedaran nasional terhadap pemandu tersebut di mana saya sendiri tidak kenal melainkan saya buat aduan formal menggunakan agensi kerajaan. Haraplah dapat di forwardkan email ini kepada sesiapa yang ada e-mail address dan di harap rakan anda pula akan forwardkannya pula agar email berantai ini satu hari nanti mungkin sampai kepada kenalan atau saudara pemandu tersebut jika tidak beliau dan menyampaikan pesanan berikut :

"Untuk pemandu KIA SPECTRA JHU 6537 , segala tindakan anda telah di rakam menggunakan handphone oleh isteri saya. Jika saya membawa bukti video ini ke JPJ , sekurang-kurangnya anda akan di saman kerana menghalang lalulintas. Jika JPJ atau Polis membenarkan laporan verbal atau bertulis dengan menggunakan saksi kejadian ( Isteri dan ibu mertua ) anda juga boleh di saman kerana memandu secara secara merbahaya dengan melakukan tindakan memotong secara tiba-tiba dan tanpa signal..

Ataupun dengan menggunakan khidmat peguam, saya boleh mengemukakan Saman Teladan yang bernilai beribu-ribu ringgit di mana jika saya menang akan saya gunakan untuk memulihkan trauma keluarga dengan melancong menggunakan wang anda sementara anda menghadapi trauma kewangan berpanjangan."

Tetapi saya tidak akan melakukannya kerana kita sama-sama Melayu. Bukannya ada banyak duit pun nak bayar saman lagipun raya dah dekat, nanti tiada duit untuk di beri kepada ibu bapa anda. Cuma apa yang ingin saya buat adalah kaedah "Name and Shame" biar seluruh rakyat tahu tindakan anda adalah merbahaya dan tidak selayaknya memandu sebuah kereta.

Saya hanya mampu doakan pemandu tersebut agar menganalisis kesalahan diri, insaf dan jangan salahkan orang lain.. Ceritalah apapun , bukti video akan kesamsengan anda akan menunjukkan segalanya.

Berhemah di jalan raya, amalan hidup kita.



Di bawah antara still image dari video yang di ambil oleh isteri semasa kejadian sedang berlangsung…




Kereta terbabit



Anda boleh lihat sebuah lori berwarna putih sedang memasuki lorong kanan kerana di kanan tiada apa-apa halangan di hadapan kereta JHU tersebut.. Ketika kejadian kenderaan di lorong kiri lebih laju dari kanan. Bayangkan lori lebih laju dari Kia Spectra..



Ketika saya cuba melakukan percubaan memotong dari arah kanan ke kiri apabila laluan kiri selamat . (Perlu di ingat tiada kejar mengejar kerana semua berlaku di bawah 60km/j ) .



Kereta tersebut mula memecut tetapi akan menyahpecut apabila melihat saya tidak menambah kelajuan. Niatnya hanya untuk berada di depan kereta saya . Anda boleh lihat di hadapan kereta tersebut tiada kereta…Nak letak kat Youtube ke tak nak ni…


Ingat – rakan, jika ada sebarang perlanggaran trafik sedang terjadi , anda bolehlah mengambil gambar pesalah tersebut ( bukan ketika memandu – salah tu ) dan menghantarnya ke jabatan yang berkenaan untuk tindakan siasatan dan lanjutan.

Beringat sebelum kena.

Ditulis pada 19/07/2009




No comments:

Post a Comment