Thursday, July 16, 2009

Panduan bagaimana nak bodek bos

Kenapa kita nak bodek bos ? Supaya bos sayang kita ? Supaya senang nak naik pangkat ? Pada saya perlu bodek bos supaya mudah kerja kita , supaya syarikat atau jabatan tempat kita bekerja mencapai matlamat , menepati KPI. KPI ini dah lama diamalkan sebenarnya bukan baru sekarang ni.Tapi bodek di sini bukanlah bodek mengampu.

Bodek di sini hanya sekadar mengikut arahan yang bos berikan itu sahaja. Bila bos bagi arahan kita dengar dan ikut itu sahaja. Kalau bos beri arahan , tak nak ikut , baik kita jadi bos.

Berikut ialah sedikit panduan bagaimana nak bodek bos :

1. Kalau bos cakap dengar betul-betul. Dengar apa arahan yang diberikan dan fahamkan apa yang dikehendaki.

2. Faham arahan yang diberikan. Faham betul-betul apa bos nak. Kalau laporan , dia nak format macamana. Buat ikut apa yang dia hendak

3. Berikan apa yang bos kehendaki. Kalau bos nak laporan , berikan laporan. Kalau dia nak laporan A, berikan laporan A , jangan beri laporan AA , konon nak tunjuk pandai.

4. Berunding dengan bos. Bila dah siapkan semua kerja mengikut apa yang bos kehendaki baru kita berunding dengan bos, boleh tak laporan tadi kita buat macam ni macam ni , supaya lebih mudah untuk difahami. Kalau bos yang understanding proses rundingan ini boleh dibuat pada peringkat awal lagi. Kalau bos yang strict , ikut sahajalah apa yang dia hendak, tak payah tunjuk pandai.

5. Kenaikan pangkat dan gaji. Terima dan reda dengan kenaikan pangkat dan gaji yang diberikan. Jangan banding-bandingkan dengan orang lain. Jangan banding kenapa si A baru kerja, datang lambat boleh naik gaji lebih tinggi dari aku. Kalau kita reda, insyaAllah kenaikan gaji kita walau sedikit ianya berkat. Entah-entah mereka yang naik pangkat secara bodek mengampu nampak sahaja banyak , tapi kita tidak tahu lagi keberkatannya. Macam orang menoreh getah lah , kerja motong gotah yo tapi dapat pergi haji, tapi ada orang yang berkereta mewah masih belun dapat pergi haji.

6. Mesyuarat. Kalau mesyuarat pastikan masuk tepat atau sebelum waktu. Mesyuarat pukul 10 pastikan sebelum pukul 10 dah masuk. Pastikan jam tangan kita sama dengan jam yang terpampang di bilik mesyuarat. Sebaiknya 1 minit sebelum mesyuarat kita dah ada. Tapi kalau awal sangat menunjukkan kita tak ada kerja lain, jangan 10 minit sebelum mesyuarat kita dah masuk bilik mesyuarat.

7. Pen dan buku nota. Bila jumpa bos atau masa mesyuarat pastikan ada pen dan buku nota atau kertas. Supaya mudah buat catatan. Siapa yang mampu guna PDA terpulanglah.

8 Sembahyang. Kalau bos bukan Islam , tunjukkan pada bos bahawa sembahyang tidak menghalang kita untuk melakukan kerja. Bahkan sembahyang mengajar kita buat kerja on time. Masuk waktu sahaja sembahyang. Lepas tu terus sambung kerja. Sembahyang merehatkan minda. Kalau orang lain rehat minda hisap rokok, tapi kita sembahyang. Tapi kalau sembahyang , lepas tu hisap rokok, apa nak buat, orang dah ketagih. Kadang-kadang orang yang hisap rokok, pergi minum teh lebih lama dari orang yang sembahyang. Orang sembahyang ambil masa 10 minit sahaja, tapi orang yang hisap rokok ada yang sampai 15 minit, atau lebih dengan baca suratkhabar sekali.

ELAKKAN

Elakkan perkara dibawah untuk bodek bos :

1. Berhias diri berlebih-lebihan. Yang penting kemas, bersih dan tak hapak.

2. Guna ilmu pengasih, jumpa bomoh dan dukun. Buat apa jumpa bomoh, minta pada Allah sahaja.

3. Puji bos lebih-lebih.

4. Ajak bos keluar makan. Kalau bos ajak kita keluar makan tak apa.Itu sahaja dulu panduan bodek bos buat masa ini.

Kalau ada kelapangan akan bersambung insyaAllah.

No comments:

Post a Comment